Dalam Masa 3 Hari, Muzik Video Bidadari Nyanyian Ismail Izzani Capai 1 Juta Tontonan

Ismail Izzani yang mengejutkan industri seni dengan lagu Sabar dan diberi jolokan Justin Bieber Malaysia kini muncul dengan single terbaru iaitu Bidadari yang telah mendapat 1.4 juta tontonan ketika ini setelah ia dimuatnaik pada 26 October yang lalu.

Ismail Izzani

Selepas 24 jam muzik video ini dimuatnaik di youtube ia berjaya mengutip sebanyak 600 ribu tontonan dan mencapai 1 juta tontonan setelah 3 hari dilancarkan. WOW

Walaupun dilanda dengan kontroversi sebelum ini namun Ismail Izzani masih berbisa dan ini semua kerana peminat beliau yang tak putus-putus menyokong beliau.

Kalau korang nak tau salah satu penulis lirik untuk lagu ini ialah Altimet, selain itu Ismail Izzani juga terlibat dalam penulisan lirik dibantu oleh Omar K, Adib Hamdi dan John Jeevasingham. Padu tak padu lah!

Muzik video Ismail Izzani juga tidak kurang hebatnya dan kami teruja kerana kualiti muzik video artis kita sekarang semakin baik dari hari demi hari. Kudos untuk semua production yang buat muzik video!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.