MASTER PASTO SPAGHETTI: PASTA 3 MINIT SEDIA DIMAKAN!

Dunia semakin maju dan manusia semakin sibuk mengejar masa. Untuk mereka yang sentiasa sibuk, pasti mencari jalan penyelesaian untuk memudahkan hidup bukan? Terutamanya bab makan! Mesti ramai yang mencari makanan yang pantas dan mudah untuk disediakan apabila lapar di rumah. Maklumlah, bukan semua orang rajin untuk makan di luar. Ramai antara kita yang lebih gemar habiskan masa untuk berehat di rumah.

MASTER PASTO SPAGHETTI: PASTA 3 MINIT SEDIA DIMAKAN! 1

Berita baik untuk anda! Master Pasto memperkenalkan pasta segera untuk anda nikmati di mana jua anda berada. Master Pasto Spaghetti adalah jenama pasta Malaysia yang dikilangkan di Pulau Pinang. Master Pasto Spaghetti adalah produk yang halal dan yang penting tiada MSG ditambah dalam makanannya!

Master Pasto Spaghetti datang dalam tiga pilihan yang enak.

  • Spaghetti Carbonara with Chicken
  • Spaghetti Aglio Olio with Chicken
  • Spaghetti Bolognese with Chicken
MASTER PASTO SPAGHETTI: PASTA 3 MINIT SEDIA DIMAKAN! 2

Kesemua Master Pasto Spaghetti datang dalam pek yang lengkap dengan manual penyediaan makanannya. Ada dua cara untuk anda menyediakan Master Pasto Spaghetti ini. Satu, melalui cara rebus & rendam. Dua, melalui cara menggunakan microwave.

MASTER PASTO SPAGHETTI: PASTA 3 MINIT SEDIA DIMAKAN! 3

Sangat mudah dan pantas untuk menyediakan Master Pasto Spaghetti ini. Dalam masa kurang daripada lima minit, anda sudah dapat menikmati sajian enak seperti di restoren mewah. Peknya yang kecil juga sangat sesuai untuk dibawa jika anda bercuti. Setiap pek Master Pasto Spaghetti berharga RM5.90 dan boleh didapati di pasaraya yang berdekatan.

Master Pasto Spaghetti, cepat dan enak!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.