Hidangan ketupat di hari raya. Kredit gambar : http://www.milktee.nu/

, , ,

Makanan Tradisional Di Hari Raya


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Pejam celik, pejam celik kita sudah pon menghampiri 15 Ramadhan dan insya-Allah dalam masa dua minggu lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal. Bila Hari Raya, tak sah lah kan kalau tak ada makanan sedap-sedap? Biasanya memang makanan yang ditunggu-tunggu bila Hari Raya adalah makanan tradisional masing-masing. Tiap suku kaum mempunyai makanan tradisional yang berbeza-beza. Mungkin ada antaranya yang anda tidak tahu pon kewujudannya kan?

Hidangan ketupat di hari raya. Kredit gambar : http://www.milktee.nu/
Hidangan ketupat di hari raya.
Kredit gambar : http://www.milktee.nu/

Jom kita usha Makanan Tradisional Di Hari Raya yang dinanti-nantikan raya nanti!

1 Ketupat

Ketupat atau ketupat nasi memang standard akan ada di Hari Raya. Ketupat adalah makanan yang terhasil dari nasi yang dibungkus dalam daun kelapa dan direbus selama berjam-jam. Biasanya ketupat akan dimakan bersama rendang, ayam masak merah atau masak kicap bersama kuah lodeh atau serunding. Mereka yang berada di Johor, Melaka atau Selangor biasanya memang akan menjamah ketupat dahulu di Hari Raya! Nyumm!

Hidangan ketupat di hari raya. Kredit gambar : http://www.milktee.nu/
Hidangan ketupat di hari raya.
Kredit gambar : http://www.milktee.nu/

2. Ketupat Palas

Ketupat palas adalah beras pulut yang dibungkus di dalam daun palas. Bentuk ketupat ini adalah segi tiga dan rasanya memang sungguh enak sekali. Biasanya mereka yang menyambut Hari Raya di pantai timur atau utara akan menikmati hidangan tradisional ini di Hari Raya.

Ketupat Palas 2 Ketupat Palas

3. Burasak

Bagi masyarakat Bugis, tak raya lah kalau tiada buras atau burasak di Hari Raya. Burasak ini dibuat daripada beras dan juga santan. Cara pembungkusan burasak juga sangat unik kerana dalam satu bungkus biasanya ada dalam 4 atau 5 burasak. Menarik mengenai burasak ini adalah cara menikmatinya agak berbeza untuk masyarakat Bugis di Johor dan di Sabah. Di Sabah, burasak biasanya dimakan bersama ayam lengkuas. Manakala di Johor pula, ianya dinikmati bersama dengan asam pedas ikan parang ataupun bersama serunding sahaja.

Burasak Tawau

Menikmati burasak cara Johor
Menikmati burasak cara Johor

4. Lemang

Lemang memang popular di kalangan rakyat Malaysia! Beras pulut yang dimasukkan bersama santan ke dalam buluh sememangnya begitu sedap apabila sudah masak. Lagi-lagi bau daun kelapa menambah rasanya. Lemang biasanya dimakan bersama rendang ataupun serunding.

Lemang 1 Lemang 2

5. Lepat

Lepat jarang sekali didengar oleh rakyat Malaysia tetapi untuk yang mengetahuinya pasti mengemari rasa lepat ini. Lepat atau lepat pulut adalah makanan tradisional orang Jawa. Seperti ketupat, ianya juga dibungkus mengunakan daun kelapa. Cuma cara bungkusan dan barangan asasnya adalah berbeza. Lepat dihasilkan daripada beras pulut yang direndam dan dicampurkan bersama kelapa muda dan juga garam. Rasanya sungguh enak dimakan begitu sahaja. Biasanya ia disajikan bersama rendang ataupun serunding.

Lepat 1

 

Ada ke makanan tradisional yang lain yang kami tertinggal? Jika ada, jangan lupa kongsikan bersama kami okay?

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to Afif Rayyan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *