, ,

Makan-Makan : Restoran Satay-Satay, One Utama.


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Anda selalu bersiar-siar atau menonton wayang di Kompleks One Utama? Jadi, Satay-Satay patut berada dalam senarai tempat anda menjamu selera. Team Ehgosheep pertama kali mencuba makanan di Satay-Satay dan terus jatuh cinta dengan hidangannya!

Satay-Satay. Ya, memang tidak salah pandangan pertama anda bila sahaja mendengar nama restoran ini. Satay-Satay memang menjual sate sebagai hidangan utama mereka. Namun, sewaktu menikmati hidangan di sana, kami tidak menempah sate sebagai hidangan utama. Mungkin lain kali!

Satay-Satay, adalah restoran yang bersaiz sederhana. Memasuki Restoran Satay-Satay, One Utama ini, anda akan disapa ramah oleh pekerja mereka dan pada kami, servis dan layanan mereka bagus dan pantas. Duduk sahaja di meja, kami terus dihulur menu.

Satay-Satay Menu

Satay-Satay Menu 2

Tidak terlalu lapar dan sekadar mahu menghabiskan masa menunggu waktu wayang bermula, kami cuma menempah makanan ringan (ringanlah sangat).

Satay-Satay Kuey TiawKuey Tiaw Goreng – RM9.90

Satay-Satay Rojak Buah

Rojak – RM6.50

Satay-Satay Popiah Popiah – RM2/satu

Teh Tarik – RM2.80
Air Mata Kuching – RM3.50

Pada mulanya, kami tidak mengharap lebih pada restoran Satay-Satay ini. Yelah, sebab kebanyakkan restoren, hiasan dalamannya gempak tapi masakan sekadar melepaskan jualan. Tapi, bila sahaja air mata kuching sampai dan kami mencubanya, wah boleh tahan sedap. Bila makanan seterusnya, kuey tiaw goreng sampai, ternyata makanan di kedai Satay-Satay ini memang menyelerakan. Rojak buahnya juga memang betul rojak buah! Yelah, bukan rojak yang dipenuhi timun sahaja.

Walaupun hiasan dalaman Restoran Satay-Satay, One Utama ini tidak terlalu menonjol, namun hidangannya memang menambat selera dan kena dengan harga. Untuk anda yang pergi ke One Utama, bolehlah singgah ke Satay-Satay.

Lokasi Satay-Satay :
2nd Floor, S143, 1 Utama Shopping Centre,
Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Satay-Satay Up Satay-Satay Satay-Satay Promotion

Satay-Satay Air Mata Kucing

Ada tempat makan best yang anda rasa kami perlu kunjungi? Beritahu kami di twitter @ehgosheep!

Selamat makan-makan!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *