, ,

Makan-Makan : Chaiwalla, Kafe Kontena Pertama di Malaysia


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kebelakangan ini, semakin banyak pengusaha kafe atau restoran berlumba-lumba untuk menghias atau mencipta kelainan untuk kafe dan restoran mereka. Begitu juga dengan Chaiwalla. Chaiwalla, kafe kontena pertama di Malaysia berasal dari Johor Bahru dan kini mempunyai dua cawangan.

Berkonsepkan kafe yang dibina dari kontena, Chaiwalla memberikan konsep yang santai dan tenang untuk mereka yang mahu lepak-lepak bersama keluarga atau rakan. Menawarkan konsep minuman yang unik, Chaiwalla mempunyai dua cawangan iaitu di Johor Bahru dan di Mutiara Damansara.

Chaiwalla-EhGoSheep

Jom kita usha apa yang best di Kafe Kontena Chaiwalla!

Chaiwalla yang bermakna “Orang yang menghidangkan teh” dalam bahasa Hindi ini semakin lama mendapat perhatian dari warga muda khususnya. Kafe kontena yang memberikan pengalaman unik kepada pelanggan mereka di mana mereka boleh mencipta sendiri minuman mereka mengikut selera pelanggan.

Lokasi Cawangan Chaiwalla

Chaiwalla The Curve
1. Chaiwalla Cawangan Mutiara Damansara Lokasi : Lot K-G16-W, The Curve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Chaiwalla Johor Bahru
2. Chaiwalla Cawangan Johor Bahru Lokasi : Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Cadangan Minuman
Minuman di Chaiwalla mempunyai 3 saiz iaitu kecil, sedang dan besar. Harga minuman dari serendah RM4 sahaja. Sebenarnya harga bergantung kepada macam mana anda mencipta sendiri minuman tersebut.

Banyak minuman kami sendiri dah cuba, tetapi ini beberapa cadangan yang kami boleh berikan. Cadangan dibawah semua adalah untuk base + flavour + toppings ye. Sweetness boleh ikut citarasa sendiri.

1. Double Choc = Fresh Milk + Double Chocolate + Caramel + Puddings
2. Smoothies Choc = Smoothies + Double Chocolate + Puddings
3. JM = Milk Tea + Japanese Macha + Puddings
4. Coffee = White Coffee + Caramel + Pearl
5. Passion Fruit = Tea + Passion Fruit + Yogurt Pop
6. Vanilla = Fresh Milk + Vanilla + Ice Cream
7. Bandung = Smoothies + Saffron Rose + Pink Pop

Cadangan Makanan

chaiwalla-food
Chaiwalla tidak menyediakan makanan yang pelbagai. Mereka hanya menjual pencuci mulut. Tapi untuk anda yang nak merasa keenakan Kacang Pool Johor, boleh dapatkan di sini. Pavlova dan Brownies mereka juga sedap!

 Chaiwalla

IMG_20150314_171804

Chaiwalla-EhGoSheep

Kredit gambar : http://travelinstylewithfara.blogspot.com/
Kredit gambar : http://travelinstylewithfara.blogspot.com/
Kredit gambar : http://travelinstylewithfara.blogspot.com/
Kredit gambar : http://travelinstylewithfara.blogspot.com/
Kredit gambar : http://travelinstylewithfara.blogspot.com/
Kredit gambar : http://travelinstylewithfara.blogspot.com/

Korang boleh follow dorang di
Facebook : facebook.com/chaiwalla.co
Twitter : twitter.com/ChaiwallaCo
Instagram : instagram.com/chaiwallaco

Jadi untuk anda yang berada berdekatan, jom cuba Chaiwalla dan kongsikan pengalaman anda bersama kami di @ehgosheep!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *