, ,

Usahawan Perniagaan Online E-Bay ini Mengeluarkan Minyak Wangi Sendiri, DewAmor


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Usahawan-Perniagaan-Online-E-Bay-ini-Mengeluarkan-Minyak-Wangi-Sendiri,-DewAmorPada 3 March 2016 lepas kami telah dijemput ke satu majlis minyak wangi terbaru yang diberi nama DewAmor Perfume Signanture. Yang menariknya orang yang berada disebalik minyak wangi ini merupakan usahawan perniagaan online E-Bay. Siapa lagi kalau bukan En Nizam.Dewamor-Signature-Pink-Floral-Eau-De-Parfum-4Apa yang lagi istimewa, En Nizam hanya bergerak dengan mengunakan kerusi roda kerana seluruh tubuh dan kakinya lemah dan hanya jari beliau yang masih berfungsi untuk meneruskan penjalanan hidup beliau yang penuh dengan cabaran. Beliau bermula dengan menjual kad pra bayar ke perniagaan online dengan menjual minyak wangi. Kini dia mampu mengeluarkan wangiannya sendiri! Usahawan-Perniagaan-Online-E-Bay-ini-Mengeluarkan-Minyak-Wangi-Sendiri,-DewAmor2En Nizam mula mengorak langkah bagi menghasilkan minyak wangi dari ilham dan sentuhannya sendiri yang lebih lima tahun bergelumang dalam dunia penjualan minyak wangi. Berpandukan pengalaman melayan kerenah pelanggan, beliau mula membuat kajian untuk menghasilkan satu minyak wangi yang bakal digilai ramai. Maka tidak berapa lama kemudian terhasilllah DEWAMOR yang menggabungkan dua nama indah dari dua bahasa penuh bercitarasa. Dew membawa maksud EMBUN manakala AMOR pula membawa rasa CINTA dari bahasa Itali.Dewamor-Signature-Pink-Floral-Eau-De-Parfum-5Kombinasi pati haruman ros dan blossom menjadi adunan utama Dewamor. Ia digabungkan pula dengan keunikan bauan Vanilla, Strawberi, Paraline, Musk dan Amber. Kesemuanya digabungkan menjadi sebuah haruman yang mengimbau semangat kewanitaan yang tinggi. Pink atau merah samar dipilih sebagai warna utama. Ia menjadikan Dewamor lebih membuai rasa dan perasaan wanita yang memakainya. Dewamor bakal disasarkan untuk dijual sebanyak 10 ribu botol sebulan untuk pasaran seluruh Negara. Dijangkakan Dewamor bakal memasuki pasaran lebih 42 buah Negara termasuk Negara Negara Asia Tenggara.

Jadi pada korang yang sukakan kombinasi pati haruman ros dan blossom bolehlah dapatkan minyak wangi yang dikeluarkan oleh anak tempatan ini. Apa yang menarik lagi, wangian dari minyak wangi Dewamor ini boleh bertahan sehingga 10 jam! Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum by Nizam dijual pada harga RM199 untuk saiz 45ML. Sempena pelancaran Dewamor, anda boleh dapatkan Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum by Nizam pada harga promosi bernilai RM 99.90 untuk saiz 45ML sekarang!

Korang boleh follow dorang kat

www.dewamor.com.my

www.facebook.com/dewamorsignature

www.twitter.com/DewamorOfficial

www.instagram.com/dewamorofficial

Photo by Ruby.My and Nisakay.com

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *