, , , , ,

Liyana Jasmay Muncul Dengan Dua Single Terbaru


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Selepas tiga tahun menyepi tanpa sebarang lagu baru, kini Liyana Jasmay kembali meneruskan perjuangannya dalam dunia muzik. Jujur, single terakhir darinya sebelum ini menerima respon positif dari peminat dunia muzik. Beliau yang sebelum ini agak terkilan dan sedikit merajuk dengan industri seni kerana merasakan dirinya seakan tidak dihargai.liyana-jasmay-muncul-dengan-dua-single-terbaru-1“Saya lihat industri mula memandang bakat baharu yang bersandarkan rupa dan kontroversi semata-mata. Saya rasa seperti tidak dihargai. Tetapi saya bangkit dan tidak melayan perasaan itu. Saya sedar kehadiran bakat baharu ini sihat jika mereka jujur dalam seni,” kata Liyana Jasmay menurut Berita Harian.liyana-jasmay-muncul-dengan-dua-single-terbaru-2Berbekalkan minat yang mendalam dalam dunia muzik, Liyana Jasmay kini menghasilkan dua single dan muzik video sekali gus. Lagu terbaru yang bertajuk Oh Na Na dan Selesa Tanpamu adalah terbitan Mermaid Studios dengan kerjasama Warner Music Malaysia.liyana-jasmay-muncul-dengan-dua-single-terbaru-3Sempena pelancaran lagu baru itu juga, Liyana Jasmay telah mengadakan Watch & Listen party yang menayangkan dokumentari khas bertajuk H Live X LJ. Video yang berdurasi 22 minit itu menceritakan kisah pembikinan kedua-dua lagu barunya. Idea untuk menghasilkan dokumentari ini dicadangkan sendiri oleh Ketua Pengarang H Live.liyana-jasmay-muncul-dengan-dua-single-terbaru-4Liyana Jasmay mendapat khidmat komposer yang semakin meningkat nama iaitu Alif Sleeq untuk kedua-dua lagunya. Pengambaran muzik video untuk kedua-dua lagu ini dibuat di Los Angeles, Amerika Syarikat. Malah, untuk muzik video ini, Liyana Jasmay mendapat kerjasama seorang pengarah baru iaitu Jeany Amir.

Sama-sama kita nantikan dua lagu baru Liyana Jasmay ini berkumandang di radio nanti!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *