Lisa BLACKPINK Bakal Melancarkan Photobook Edisi Terhad Sempena Hari Lahir

Satu lagi berita baik untuk BLINK! Lisa BLACKPINK bakal melancarkan photobook edisi terhad sempena hari lahirnya. Lisa yang gemar menonton filem dan mengambil gambar memberikan hadiah ini kepada peminat yang setia bersamanya.

Lisa Blackpink 0327

Pada 12 Mac, YG Entertainment mengumumkan bahawa pihak mereka akan menjual photobook edisi terhad yang berjudul ‘0327‘. ‘0327’ yang mengambil nama sempena tarikh kelahiran bintang popular itu akan engandungi gambar kamera filem yang diambil bukan sahaja oleh Lisa tetapi juga oleh ahli BLACKPINK yang lain.

Semua saat-saat istimewa di sebalik tabir ketika sesi penggambaran, pertunjukan fesyen, konsert dapat dilihat melalui kamera filem Lisa. Bintang popular yang berasal daripada Thailand ini bukan sahaja mengambil bahagian sebagai jurugambar untuk ‘0327 ‘, tetapi juga sebagai pencipta dan kurator untuk photobook itu sendiri. Sungguh berbakat!

Photobook ‘0327’ ini akan dijual dengan naskah yang terhad iaitu sebanyak 327 salinan sahaja yang ditandatangani khas oleh Lisa dan bernombor. Photobook ‘0327’ ini akan mengandungi 152 muka surat dan bakal dilancarkan pada 27 Mac 2020 akan datang.

Mbekkk.
Posts created 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top