featured

Lima Perpustakaan Yang Gempak Habis Di Dunia

Zaman teknologi semakin menguasai kita ini, masih wujud perpustakaan yang gempak habis untuk ulat buku. Masih ada manusia yang gemar menghabiskan masa membaca buku di ruang senyap di perpustakaan berbanding dengan e-buku di tablet ye. Tapi, pernah tak anda semua terfikir masih wujud ke perpustakaan yang gempak zaman kini? Mestilah ada! Pastinya ianya satu cabaran yang hebat untuk menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda untuk ke perpustakaan.

Jadi, mari kami kongsikan lima perpustakaan yang gempak habis di dunia!

 

Perpustakaan Negara Qatar

Mempunyai lebih daripada koleksi satu juta buku, perpustakaan ini adalah antara perpustakaan yang terbesar di dunia. Perpustakaan yang luasnya lebih daripada 45,000 kaki persegi ini mempunyai koleksi buku dalam pelbagai bahasa. Dianggarkan lebih kurang 20 bahasa boleh didapati di Perpustakaan Kebangsaan Qatar ini.

 

Perpustakaan Tianjin Binhai

Direka oleh MVRDV, sebuah firma Belanda, Perpustakaan Tianjin Binhai ini terletak berdekatan dengan Beijing. Reka bangunan dan hiasan dalamannya yang sangat futuristik dan bukan norma biasa membuatkan perpustakaan ini antara yang disebut-sebut oleh ulat buku. Perpustakaan yang mempunyai lima tingkat ini memuatkan lebih daripada 1.2 juta buah buku daripada pelbagai bidang.

 

Perpustakaan Giesel, Universiti California

Dinamakan sempena Theodor Geisel, yang dikenali sebagai Dr. Seuss, Perpustakaan Geisel San Diego adalah salah satu bangunan perpustakaan paling moden di dunia. Pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti kapal angkasa. Arkitek William Pereira adalah orang yang tertanggungjawab mereka dan merancang pembinaan perpustakaan ini pada tahun 1970. Perpustakaan ini banyak dipaparkan dalam filem-filem sci-fi, cerita pendek dan novel.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Perpustakaan Negara Belarus

Perpustakaan Negara Belarus adalah perpustakaan yang terletak di Republik Belarus. Ia menempatkan koleksi terbesar bahan bercetak Belarusia dan koleksi buku ketiga terbesar di Rusia. Bangunan ini mempunyai 22 tingkat dan telah siap pada Januari 2006. Bangunan ini boleh memuatkan kira-kira 2,000 pembaca dan mempunyai dewan persidangan yang mempunyai 500 tempat duduk. Bangunan baru perpustakaan itu direka oleh arkitek Mihail Vinogradov dan Viktor Kramarenko.

 

Perpustakaan TU Delft

Perpustakaan TU Delft, dibina pada tahun 1997, telah direka oleh biro seni bina Mecanoo yang berpusat di Delft. Ia terletak di belakang perpustakaan universiti. Bumbung perpustakaan ditutup dengan rumput, yang berfungsi sebagai penebat semula jadi. Perpustakaan ini dipenuhi oleh kon keluli, memberikan bentuknya yang unik. Perpustakaan ini mempunyai lebih daripada 862,000 buku, 16,000 langganan majalah dan muziumnya sendiri.

ed

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top