Lifestyle

Lautan tercemar dan rosak, salah siapa?

Ramai di antara kita yang suka pergi ke laut, suka snorkeling, diving and tengok underwater creatures. Tak dinafikan juga, negara kita pun ada banyak pulau-pulau menarik, underwater creatures dan coral yang cantik dan berwarna-warni.Namun, tahukah anda yang coral banyak rosak dan bleaching, pulau banyak yang kotor dan tercemar, underwater pula banyak yang mati dan menderita akibat dari perbuatan kita, manusia?

Tahukah korang yang dianggarkan ada 1.4 bilion pounds sampah dikutip dari laut setiap tahun? (sumber : National Oceanic and Atmospheric Administration) . Kebanyakan sampah pula adalah plastik yang susah lupus dan haiwan selalu tersilap menganggap plastik tu adalah makanan. Kemudian, dianggar satu juta seabirds mati akibat pencemaran laut setia tahun, Tiga ratus ribu dolphins mati akibat tersangkut paa jarring, manakal serratus ribu mamalia laut mati akibat pollution setiap tahun.

Oleh itu, sebagai manusia lebih-lebih bagi mereka yang suka pergi snorkeling, diving dan sebagainya, kita perlulah tahu etika yang sepatutnya di laut. Kita janganlah nak buat apa-apa sesuka hati. Oleh itu, kat bawah ini ada beberapa list etika dalam laut yang perlu kita ikut.

1. Jangan Sentuh Coral

Nice to see but not for hold! Itulah ayat yang sesuai untuk korang yang suka nak sentuh coral. Ramai yang ingat coral tu Cuma sekadar terumbu karang. Tapi sebenarnya, coral tu hidup and ambil masa yang lama sangat untuk tumbuh cantic kat dasar laut tu.

2. Coral bukan perhiasan

Jangan sokong penyeludupan atau penjualan coral. Apantah lagi bawak naik ke atas darat. Baru-baru ni viral di Facebook tentang tourist dari China yang bawak Coral dan ikan nemo dalam botl untuk naik ke darat. Perbuatan macam ni lah punca Laut makin rosak. Dimanakah akal fikiran yang diberikan oleh Allah?

3.Simpan sampah anda

Tahu korang kalau kat laut selalu lapar, and nak carry macam-macam benda. Tapi selalu ingatlah untuk simpan sampah tu dan buang bila di darat. Jangan buang dekat laut. Kesian kat penyu and ikan yang makan sampah korang nanti

4. Elakkan bermain sukan air bermotor

Kalau dekat kawasan laut yang jernih dan Nampak coral tu. Korang elakkan lah bermain sea sports yang bermotor macam jet ski dan sebagainya. Korang lebihkan berkayak, dan aktiviti yang takkan merosakkan laut.

 

Selain tu, korang boleh juga amek class diving dan pergi menjelajah lautan supaya korang lebih menghargai dan melihat sendiri kecantikan dasar laut. Malah, baru-baru ini juga sebuah class diving iaitu OceanLab yang dimiliki oleh pencinta lautan dan pensyarah di UPM, En Samir Amin juga ada mengadakan program #OceanAmbassador bersama selebriti seperti Shikin Gomez, Jaslin Puasa, Neeta Manisha vokalis dari IamNeeta, Hafreez Amminudin a.k.a Thatborneoguy, Fahmie Ismail dan blogger pojiegraphy.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top