Entertainment

Kylie Jenner Berhabis Duit Dalam Membeli Barangan Untuk Bayi Dalam Kandungannya

Dunia baru sahaja digemparkan dengan berita Kylie Jenner kini mengandung hasil hubungannya dengan Travis Scoot. Berita tersebut memang mengejutkan ramai pihak kerana Kylie baru sahaja berusia 20 tahun.

Nampaknya Kylie Jenner tidak membazir masanya dengan perkara yang tidak bermanfaat kerana khabarnya, Kylie kini sudah berhabis hampir 70,000 USD membeli barangan untuk bayi dalam kandungannya. Menurut TMZ, segala proses pembelian dilakukan melalui online sahaja.

Kylie sibuk membelikan barangan mewah seperti pakaian pereka fesyen terkenal dan aksesori mewah untuk bayinya. Menurut sumber yang boleh dipercayai juga, Kylie sudah pun menyediakan satu ruang khas untuk menempatkan barangan-barangan tersebut.

Jaga-jaga dunia, nampaknya bayi yang paling bergaya mungkin sahaja akan dilahirkan oleh Kylie Jenner.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top