, , ,

Kpop: Sisi wanita Amber F(x)


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Amber ahli kumpulan F(x) mungkin kelihatan maskulin. Gayanya kadangkala mengelirukan peminat yang menyangkakan dia adalah lelaki kacak. Baru-baru ini dalam satu wawancara, Amber meluahkan yang dia kadangkala mudah terasa sedih dan marah apabila orang ramai lupa yang dia hanyalah seorang gadis biasa.

 

fx_amber_from_pinocchio_mv_by_irryuh-d3ecrg0

Amber mengakui yang dia mungkin kelihatan kuat [di luar], tetapi hatinya juga sensitif dan mudah terluka. Menurutnya, apa yang dilihat dari segi luaran hanyalah satu penampilan dan imejnya sebagai seorang rapper.

Amber yang muncul dalam rancangan MBC “I Live Alone”, juga mendedahkan yang dia sudah tujuh tahun tidak menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa. Bukan sahaja kerana tidak bertuah dalam cinta, kekangan waktu kerja juga menjadi faktor utama dia masih single.

Amber adalah gadis kelahiran Amerika Syarikat dan ibu bapanya berasal dari Taiwan. Dilahirkan pada 18 September 1992, Amber mengembangkan bakatnya ke Korea apabila debut pada 2009 dengan kumpulan F(x) yang sangat terkenal dengan lagu Electric Shock. Artis naungan S.M Entertainment ini kini baru sahaja mengeluarkan album solonya bertajuk “Beautiful”

Amber bukan sahaja popular kerana suaranya yang merdu, malah dia terkenal dengan gaya rapping yang hebat ala Missy Elliot. Amber juga berbakat menari dan menjadi ikon fesyen yang disegani.

Jom kita layan video persembahan Amber di Music Bank baru-baru ini.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *