, ,

KPOP: GEMPAR! Suzy dan Lee Min Ho sah bercinta


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Dunia hiburan korea hari ini menjadi kecoh apabila Dispatch melaporkan bahawa Suzy (Miss A) dan Lee Min Ho telah pun menyulam hubungan cinta selama dua bulan.  Lee Min Ho didapati telah berkunjung ke Paris untuk satu sesi photoshoot pada 10 Februari, manakala Suzy pula menjalani pengambaran di London pada tarikh yang sama. Bagaimanapun, selesai tugas di Paris, Lee Min Ho  dikhabarkan telah terbang ke London untuk bertemu Suzy. Suzy keluar dari hotelnya, Waldorf Hotel pada 15 haribulan dan menanti Lee Min Ho menjemputnya di sana.

12

Mereka berdua kemudiannya telah checked in (pada masa yang berbeza namun jarak masa yang tidak jauh) di Shangri-La London. Mereka kemudian bersiar-siar di London selama 3 hari. Dilaporkan, Lee Min Ho sendori yang memandu. Sekembalinya di Seoul, Lee Min Ho dilihat telah menjemput Suzy hampir setiap hari sejak 25 Februari kecuali ketika Lee Min Ho ada tugas di luar negara.

43

Label Lee Min Ho, Star House Entertainment berkata, “Mereka berdua memang sah bercinta sejak sebulan yang lalu, dan buat masa ini mereka sangat berhati-hati dengan hubungan mereka. Kami harapkan semua gembira dengan cerita ini.”

Syarikat naungan Suzy, JYP Entertainment pula berkata “Suzy dan Lee Min Ho baru sahaja mula bercinta dan kami berharap semua pihak memberikan restu pada mereka”

Saya pasti ramai gadis dan jejaka di luar sana yang sedih dengan cerita ini. Macam mana pun, kita doakan mereka bahagia! Sama cantik, sama padan, sama berjaya!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *