, , , , , ,

KPop: BIGBANG kembali dengan Konsert Jelajah Dunia 2015


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

BIGBANG akan menggegarkan dunia hiburan dengan siri konsert jelajah dunia tahun ini. Hari ini, YG Entertainment telah pun mengeluarkan berita baik ini melalui poster “2015 World Tour in Seoul with Naver” yang telah di upload di laman rasmi mereka. Kumpulan ini akan memulakan konsert jelajah dunia mereka dengan persembahan di Seoul Gymnastics Stadium pada 25 dan 26 April ini.

BIGBANG2015WorldTour

Menurut wakil agensi mereka, “Sebelum ini mereka telah mengadakan konsert jelajah dunia pada 2012 dengan pergi ke 12 negara berbeza. Pastinya kali ini, mereka akan memecahkan rekod tersebut.”

BIGBANG akan menjelajah ke 15 negara dengan 70 persembahan sehingga 2016. Mereka merancang untuk bertemu dengan lebih 1.4 juta peminat. Mereka akan membuat persembahan di Korea, China, Japan, Asia Tenggara dan Amerika.

Roy Bennett akan bertidak sebagai pengarah kreatif jelajah dunia ini. Beliau telah memenangi anugerah sebelum ini dalam reka produksi dan pencahayaan. Sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam banyak konsert hebat termasuk artis seperti Prince, Paul McCartney, Beyonce, Lady Gaga, Rihanna dan ramai lagi. Ed Burke, videographer kepada Beyonce juga akan bekerjasama sebagai pengarah kreatif. Pengarahan muzik pula akan ditugaskan kepada Gil Smith II, yang sebelum ini sering bekerjasama dengan BIGBANG.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *