, , ,

Klip teaser terbaru filem Finding Dory dilancarkan


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ikan-ikan di lautan akan kembali dengan pengembaraan yang baru! Disney Pixar baru saja melancarkan klip terbaru filem animasi Finding Dory yang merupakan sekuel kepada filem Finding Nemo. Kelihatan dalam trailer ini ialah watak-watak lama dari filem Finding Nemo yang kembali serta beberapa watak baru yang pasti akan menghiburkan.

Dalam filem Finding Nemo sebelum ini, seekor penyu bernama Crush yang disuarakan oleh pengarah Andrew Stanton telah menolong seekor clownfish bernama Marlin (Albert Brooks) dalam pencarian mencari anaknya, Nemo. Dalam perjalanan Marlin, dia terjumpa seekor ikan biru bernama Dory yang akhirnya turut serta dalam pencarian Marlin. Kali ini pula, filem ini sekali lagi tentang pencarian ahli keluarga yang hilang tetapi keluarga si ikan pelupa Dory yang sekali lagi dilakonkan oleh Ellen DeGeneres. Bagaimanakah si Dory yang pelupa ingin mencari keluarganya pula? Pasti lawak!

Filem Finding Dory akan berenang ke pawagam pada 17 Jun ini. Mari kita saksikan cerita yang penuh gelak tawa dan emosi ini setelah 13 tahun menanti sambungan kepada filem pertama.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *