,

Klang Parade Iftar (Part II)


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

 

Baiklah, menyambung review dari Part I, aku menyambung jelajah #KlangParadeIftar. Tapi kali ini, bukan untuk makan. Rehatkan perut dulu. Aku…

 

Shopping Raya!

 

Dan untuk mencari kelengkapan raya, aku singgah ke SSF. Tahu tak SSF ni apa?

IMG_7889

SSF ni merupakan sebuah gudang yang menyediakan kelengkapan rumah. Dari perabot, ke pinggan mangkuk dan kain langsir, semuanya ada. Ya, sama konsepnya seperti gudang dari Sweden yang terkenal itu. Cumanya, tak adalah jual meatball di SSF.

IMG_7887

Masuk saja ke dalam SSF ni, boleh rambang mata jadinya. Perabot dan barangannya dah la lawa-lawa semuanya. Memang tak senang duduk nak memilih.

IMG_7943

Antara almari yang dijual di sini

IMG_7941

Aku tertarik betul dengan almari yang satu ni.

IMG_7935

Antara hiasan menarik untuk diletakkan di rak atau meja.

IMG_7938

Red phone box!

Dan bersempena dengan raya, SSF menyediakan ruangan khas untuk pengunjung yang ingin menghias interior dalaman rumah. Memudahkan kerja!

IMG_7899

Sofa yang cantik dan selesa untuk tetamu datang beraya

IMG_7926

Anak anak kecil boleh berehat terus sambil menunggu mak-mak bersembang

IMG_7928

Terdapat juga kerusi-kerusi untuk menyambut tetamu yang datang berkunjung ke rumah

IMG_7946

Hipster betul raya dengan kerusi ni!

IMG_7896

Selain itu, di sini juga terdapat bekas kuih raya yang cantik-cantik dijual.

IMG_7908

Tersenyum lebar nenek kalau dapat hadiah set cawan baru ni.

Dan tak lengkaplah raya kalau tak disebut…

IMG_7931

LANGSIR!!!

Dan sebagai penghargaan kepada pembaca EhGoSheep, ada hadiah menarik untuk anda menanti. Follow sahaja Instagram dan Twitter kami (@EhGoSheep), dan like Facebook kami, dan seorang follower bertuah akan memenangi baucer SSF bernilai RM50! Sedaplah shopping raya!

IMG_0048

Dah penat bershopping sakan, lapar lah pulak. Rasa nak makan benda yang ringan-ringan.

Berhadapan saja dengan SSF, ada outlet Tako Wan yang menghidangkan takoyaki.

IMG_7868

IMG_7866

Harga bermula dari RM3.80. Murah!

IMG_7874

Boleh nampak SSF di belakang sana

IMG_7875

Dan inilah takoyakinya. Aduh duh sedapnya.

IMG_7879

Selain itu, ada juga ayam goreng dipotong kecil-kecil bersama sos  mayonis. Memang menyelerakan!

IMG_7884

Tekun abang dan akak menyediakan takoyaki

IMG_7882

Proses pembuatan takoyaki

Aku memang seorang yang gilakan takoyaki, dan banyak kali juga aku dikecewakan kerana takoyaki yang dihidangkan tidak kena dengan selera. Tapi di Tako Wan, #GoryEats boleh bagi 8.5/10! Memang berbaloi!

Dan akhir sekali sebelum pulang, aku singgah di Next Food Court yang terletak betul betul bersebelahan dengan Tako Wan. Sesuai untuk cari makan moreh, atau mungkin tapau untuk sahur terus.

IMG_7951

Kedai Pasta & Such merupakan kedai western yang terdapat di food court ini

IMG_7952

Ada juga gerai masakan Penang. Mai laksa satu na!

IMG_0078

Memanjakan tekak dengan ABC aduh duh duh

IMG_0081

Dan sebagai santapan terakhir, aku makan mee sizzling.

Memang tak rugi jika datang ke Klang Parade. Shopping raya boleh, makan pun sedap sedap. Dua-dalam-satu orang kata. Jimat masa dan tenaga.

Jadi, apa tunggu lagi, jom!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Gory

The Mystery Eater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *