,

Kisah Atuk dan 12 Burger Untuk Cucunya Yang Menyedihkan


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Untuk anda yang masih mempunyai datuk dan nenek, anda patut membaca cerita ini. Sebelum itu, anda mungkin perlukan tisu. Ini adalah Kisah Atuk dan 12 Burger Untuk Cucunya Yang Menyedihkan.

Bermula pada hari Selasa yang lepas, warga twitter telah bergelumang dengan cerita sedih mengenai Kelsssey Harmon, datuknya dan juga 12 burger yang datuknya buat untuk Kelsssey dan lima orang lagi sepupunya.

kelssseyharmon 2  kelssseyharmon 3

Seperti tipikal warga twitter yang lain, Kelsssey telah memuat naik gambar sewaktu sedang makan lama bersama dengan datuknya. Datuknya sendiri menyediakan makanan untuk malam itu iaitu burger dan juga homemade ice cream. Tapi apa yang membuatkan tweet itu mendapat lebih dari 100,000 retweet adalah caption kepada gambar tersebut.

“dinner with papaw tonight…❤️ he made 12 burgers for all 6 grandkids and I’m the only one who showed. 😢 love him ”

“Makan malam bersama papaw malam ni. Dia masak 12 burger untuk semua 6 cucunya dan hanya saya seorang yang datang. Sayang dia”

Okay, sekarang beritahu kami siapa yang tak sedih bila membaca caption tersebut. Kasih sayang datuk kepada cucunya memang sangat murni, tapi lima orang cucunya tak pernah nak hargai.

Menurut Kelsssey melalui Buzzfeed, kesemua sepupunya sudah dewasa sepertinya dan ianya sangat susah untuk mereka semua berkumpul dalam satu masa yang sama. Tetapi, Papaw tak berputus asa untuk mengajak mereka semua makan malam bersama sementara mereka semua sedang bercuti untuk musim bunga. Menurut Kelsssey lagi, Papaw memang sentiasa akan memastikan keluarganya sentiasa bersama dan kekal rapat.

Kelsssey tidak menyangka yang tweet tersebut akan mendapat banyak retweet dan respond yang sangat menyenangkan hati. Malah, ada yang berharap mereka dapat berbuat demikian (makan malam) bersama datuk mereka juga. Tetapi, apa yang lebih mengerikan adalah warga Twitter telah memberikan respon yang sedikit ‘keterlaluan’.


— kelsey (@kelssseyharmon) March 17, 2016

Ugutan bunuh? Serius ah? Tetapi jangan bimbang. Salah seorang daripada sepupu Kelsssey, Brock Harmon telah menebus kesilpannya dengan berjumpa dan makan bersama dengan Papaw.

Untuk anda yang masih mempunyai datuk, nenek, ayah dan emak, jangan lupakan mereka okay? Duit boleh dicari, tetapi masa untuk keluarga takkan dapat dibeli dengan duit.

cry 4

hulur tisu

Sumber : Buzzfeed

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *