Filem

Kingsman : The Golden Circle 2017 : Terhibur vs Mehhh??

Artikel review ini ditulis oleh Khaidir Shahri

Kepada pengemar filem-filem action berat seperti Jason Bourne atau The Dark Knight, sekiranya korang ingin menonton tonton filem Kingsman: The Golden Circle ini, langkah pertama pertama ialah korang kena ketepikan mindset korang dari segi REALISTIC dan PLOT TWIST MAHA DEWA sebab film ini antara movie action ringan yang super BADASS, mampu buatkan kita 100% terhibur sekiranya ketepikan dua faktor di atas.

1. TERHIBUR?

PLOT :

Olahan yang agak mudah dan boleh diagak,cuma untuk satu jam pertama, twist mengenai real villian dalam film ini agak sukar dijangka kerana watak tersebut dibina dengan sangat cantik, hingga kita rasakan director tidak patut biarkan watak tersebut begitu saja

EMOSI & MUSIC :

Kalau sesiapa yang dah follow pembinaan watak antara Harry,Merlin & Gary, kita akan dapat rasa olahan emosi film ini cukup PERFECT! nak rasa potong bawang pun ada

Kenapa? kerana bantuan dari olahan music yang cukup sesuai dengan setiap scene, mampu menaikkan emosi kita, bila check balik, rupanya scoringnya dihasilkan oleh team2 Hans Zimmer juga iaitu Matthew Margeson.. 🙂

PEMBINAAN WATAK :

Seperti biasa,watak-watak lama masih dikekalkan, gemar dengan hubungan Eggsy & Princes Tilde. Bagaimana Eggsy mampu handle hubungan mereka antara spy dengan anak Raja.

Kalau sebelum ini kita selalu dihidangkan dengan idea typical,kalau jadi spy perlu hidup sendirian serta murung.. tapi film ini tidak. Tak lupa juga, satu watak baru bernama agent Whiskey, korang try follow gaya lakonannya sangat perfect dan bersahaja, dia antara paling style dalam filem kali ini.

JAMES BOND? :

kalau dulu masa kecil, bila tonton filem-filem James Bond, kita pasti tak sabar dengan gajet-gajet baru yang akan dikeluarkan setiap filem sangat teruja dengan idea2 gajet tersebut, so dalam film ini kitakan rasa mood itu kembali.

2. MEEHHH?

ACTION :

Terganggu dengan cara olahan action fight yang mengunakan style “Long shot” ala2 one take action, terlampau laju.. tetapi diselamatkan sedikit dengan olahan slowmotion yang cantik untuk merehatkan mata kita dari bercelaru tetapi korang akan gemar dengan style fight agent Whiskey ianya diolah sangat2 coollll.

KOMEDI :

Elton John? hahaha not bad dan seperti biasa, pengunaan bahasa-bahasa lucah menjadi hiburan komedi yang mehh tapi ok la dah budaya mereka kan.

Kesimpulan

Filem ini boleh dikatakan berjaya bagi aku kerana mempunyai pelbagai aspek iaitu Komedi,Action,Emosi dan Love. Ketepikan unsur logik,sebab dari 1st movie lagi kita dah boleh agak film ini dah dikategorikan mengarut, bila kita sendiri dah lihat letupan kepala menjadi visual pelangi semata.. haha..

Film yang sangat enjoy! Selamat Menonton!
Rotten : 57/100%
Personal : 9/10

p/s : pasal isu dadah dalam film ini,tetiba aku rasa sangat setuju dengan keputusan president tu.. dah tau dadah tu bahaya.. nak guna kenapa? hahahhahaha.

Summary
Review Date
Reviewed Item
Kingsman : The Golden Circle 2017
Author Rating
41star1star1star1stargray
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top