Entertainment

Kenapa THE JOKER Dilabelkan Sebagai Watak Paling Hebat HEATH LEDGER Sepanjang Zaman?

HEATH LEDGER

Artikel review ini ditulis oleh Khaidir Shahri

Setelah menonton dokumentari ”I am Heath Ledger 2017” & short film ”Preparation 2015”. Bagi aku, Ledger sememangnya layak ditabalkan sebagai actor yang paling hebat memegang watak The Joker sepanjang zaman. Kerana proses penghasilan watak tersebut terlampau detail dari pelbagai aspek. Jadi disini, aku nak kongsi sikit pemahaman aku mengenai proses2nya.. harap ada yang baca karangan panjang berjela nie.. hehe 🙂

BABAK FOUND FOOTAGE

I am Heath Ledger dihasilkan mengenai perjalanan hidupnya sebagai anak seni. Apa yang menarik, Ledger sangat gemar merakam dirinya sendiri mengunakan Handycam dan telah merakam pelbagai rakaman sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

Ledger juga dikatakan kerap mengarah pelbagai music video yang berkonsepkan artistik yang cukup unik, kalau diperhatikan setiap karya music videonya kelihatan dark serta kerap mengunakan teknik kamera handheld/shacking cam.
Disebabkan kegemarannya itu,ianya mendapat perhatian Nolan hingga menyebabkan babak penculikan ugutan wartawan yang kelihatan seperti ”Found footage”tersebut sebenarnya telah diarah sendiri oleh Ledger.

MINDA PSIKOPAT LEDGER

Dalam dokumentari tersebut, ada beberapa temu bual dilakukan terhadap sahabat2nya mengenai tingkah laku Ledger.
Sebelum memegang watak the joker, dikatakan Ledger telah berpisah dengan isterinya iaitu #MichelleWilliams dan mengalami masalah kemurungan.

Sahabat2nya kerap mendapat kunjungan Ledger di tengah malam sehingga mereka melihat Ledger seperti tidak tidur selama 24jam serta kelihatan seperti mengalami masalah insomnia. Perkara tersebut berlanjutan hingga Ledger memegang watak the joker.

Short film Preparation menunjukkan sepanjang enam minggu, Ledger mengunci dirinya di dalam bilik hotel, membentuk satu diari dan bereksperimen dengan suaranya. Ledger juga dikatakan membaca kesemua buku2 komik yang berkaitan dengan skripnya.

Apa yang menarik perhatian, kebanyakkan komik2 rujukkannya mempunyai grafik visual yang cukup menakutkan, salah satunya adalah ”Arkham Asylum A Serious House On Serious Earth (1989)”. Manakala film2 rujukkannya pula lebih menjurus kepada konsep psikopat iaitu film ”Stanley Kubrick A Clockwork Orange” dan ”The Shining”. Unsur2 rujukkan film & komik seperti itu,dikatakan punca Ledger mengalami masalah gangguan tidur hingga mempunyai penyakit insomania.

GAYA & SUARA THE JOKER

Ledger juga dikatakan merujukan gaya lakonan #MalcolmMcDowell sebagai Alex dalam film ”Stanley Kubrick A Clockwork Orange” dengan lebih detail. Kalau diingatkan kembali ketika babak tepuk tangan Joker didalam jail yang menunjukkan renungan mata Joker, ianya saling tak tumpah dengan gaya renungan mata Alex dalam film tersebut. Tak lupa juga gaya gerak tubuh dan mimik muka gila Joker juga betul2 kelihatan seperti Alex.

Manakala pengunaan teknik suara #ventriloquistdummies juga terhasil dari idea Ledger sendiri. Jadi jangan pelik kenapa suara Ledger kedengaran seperti patung ventriloquist dummies.. Pelbagai latihan perlu dibuat serta masa yang lama untuk menjadikan suara tersebut sebati dengan Ledger.

Tiada pengunaan special makeup yang berat dilakukan pada watak Joker.. cuma sedikit parut dimulut, dikatakan parut tersebut mudah tertanggal sekiranya mulut Ledger kering. Jadi untuk memudahkan Ledger daripada kerap diganggu oleh juru makeup untuk perbetulkan parut tersebut, Ledger kerap menjilat bibirnya sendiri untuk kekalkan parut tersebut dan disebabkan itu ianya telah menjadi gaya sebati Joker dalam TDK serta kelihatan lebih Psiko.. 

KESIMPULAN

Pada 22 januari 2008, tujuh bulan sebelum tayangan perdana TDK.. Ledger diistiharkan mati dan dunia mengatakan beliau mati disebabkan pengunaan dadah yang berlebihan semata kerana mendalami watak Joker. Tetapi realitinya Ledger memerlukan tenaga dan tidur yang cukup untuk film terbarunya selepas TDK.

Disebabkan penyakit tidurnya, Ledger dikatakan tersilap memakan ubat yang menyebabkannya mengalami keracunan ubat hingga membawa maut. Pandangan aku sepanjang menonton dokumentari dan short film tersebut. Ledger seorang actor yang akan memberikan 200% tumpuan kepada watak yang dia inginkan walaupun ianya hanyalah sekadar watak fiksyen komil sahaja.

Hingga ketika dilokasi, ramai team produksi tak sabar melihatnya beraksi berbanding watak utama iaitu Bale..Diakhir pengambaran, Ledger menulis satu perkataan didiari Jokernya “BYE BYE”.. 😞 Harap akan ada seorang actor serta watak hebat seperti ini satu hari nanti..

p/s : Short film Preparation ini aku dapat tonton bila director open tayangannya di vimeo tahun lepas.. dapat tengok pun sebab dia share link di twitter.. try follow dia.. #TyronJanse mane tau die akan share lagi hehe.. short film ini dah menang 5award..kalau ianya dijadika film.. aku akan bg personal rate 9/10 🙂

Summary
Review Date
Reviewed Item
Preparation - Inspired by a True Story
Author Rating
41star1star1star1stargray
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top