, , , , ,

Karya J.K Rowling kembali ke Hollywood dengan spin-off Harry Potter


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Warner Brothers baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pemenang Oscar Eddie Redmayne (The Theory of Everything) akan memegang watak utama dalam filem spin-off Harry Potter bertajuk Fantastic Beasts and Where to Find Them.

Filem ini adalah berdasarkan kisah buku teks dari yang dipelajari oleh Harry Porter di sekolahnya, Hogwarts. Dalam siri Harry Potter, Buku bertajuk “Fantastic Beasts” sengaja dipaparkan ditulis oleh Newt Scamander seorang “magizoologist” terkenal.

jk-eddie

Filem tersebut merupakan debut pertama buat J.K Rowling dalam menulis skrip filemnya sendiri. J.K Rowling sendiri telah mengesahkan bahawa filem ini akan berlatar belakangkan bandar New York dan dia nyata berbangga apabila mengetahui Eddie Redmayne akan menjadi teraju utama filem ini.

“Eddie adalah seorang pelakon hebat yang kaya dengan kebijaksanaan, suka membawa idea baru dan penuh nilai kemanusiaan,” ujar pengarah filem David Yates kepada BBC. “Saya memang teruja dengan prospek bekerja dengan beliau  dan memulakan kerjasama dalah merealisasikan dunia magikal J.K Rowling.”
jk

Fantastic Beasts and Where to Find Them bukanlah prekuel atau sekuel kepada siri Harry Potter, tetapi ia adalah lanjutan kepada dunia magik Harry Porter.  Filem ini dijangka menemui penonton pada 18 November 2016.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *