,

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara, Meru


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Menaip tajuk entri ni saja sudah membuatkan aku terliur.

Signboard masuk
Signboard masuk

DSC_0435

Pertama kali aku mengetahui akan kewujudan “kedai kambing bakar” ini adalah melalui perkongsian kawan-kawan di Twitter. Siapa yang tidak tergoda apabila gambar kambing bakar melintasi timeline once in a while.

Melalui itu, khabar mengenai kedai makan ini mula tersebar. The power of “words of mouth”.

Tapi kedai ini di Meru sana, bermakna ia kedengaran sungguh jauh sekali. Sekurang-kurangnya itu sangkaan pertama aku. Rupanya, ia tidaklah sejauh yang disangka. Kalau kau tahu Setia Alam, maka kau akan berjumpalah dengan kedai ini.

Lokasi yang lebih tepat, tak lain tak bukan adalah dengan meng-Google Maps atau Waze. Jangan risau, sudah ada koordinat kedai ini di dalam kedua-dua aplikasi tersebut.

Mari kita tengok menu apa yang dihidangkan di sini.

DSC_0436

Basically, menunya adalah juadah ayam/lele/bakso penyet dan set kambing; kambing bakar dan sup.

Mari kita order, dan review juadahnya!

Set kambing bakar
Set kambing bakar
Hello, beauty.
Hello, beauty.

Set kambing bakar di sini memang to-die-for! Sebenarnya, kambingnya sangat simple. Sekadar kambing dibakar dengan perapan, dan dihidangkan di atas sayur beserta kicap sedikit. Sempurna.

Satu set ini sebenarnya agak banyak. Kalau jenis perut kecik, boleh sahaja dikongsi berdua. Tapi disebabkan kesedapannya, kau tidak akan mahu berkongsi dengan rakan sebaya. Mungkin terpaksa order nasi tambah!

Untuk mendapatkan pasangan yang lebih ngam, orderlah secawan dua extra joss mangga. Aduhhh.

Apa yang istimewanya pada aku di sini adalah, kau tak perlu tunggu kenduri, buffet Ramadhan atau jamuan raya untuk dapatkan hidangan kambing bakar yang sebegini sedap. Jadi, kalau kalau rasa teringin nak makan kambing bakar tiba tiba tu, bolehlah start enjin kereta dan menghala ke Meru.

 DSC_0437

Beroperasi dari jam 11 pagi hingga jam 12 malam, sesuailah untuk dibuat sarapan tengahari (brunch), makan tengahari, minum petang, makan malam, dan juga supper.

Untuk kedai ini, #GoryEats bagi 4.5/5 bintang!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Gory

The Mystery Eater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *