Artis

Joe Flizzow Umumkan Konsert 16 Baris x TuneTalk Akan Diadakan Pada 11 Ogos di Pusat Tenis Negara dan Terhad Kepada 5000 Orang Sahaja #16BarisxTuneTalk

Baru sebentar tadi Joe Flizzow mengumumkan yang beliau akan mengadakan Konsert 16 Baris secara besar-besaran di Pusat Tenis Negara pada 11 Ogos ini.

Disebabkan sambutan yang begitu mengalakkan sehinggakan ramai yang tak dapat masuk ke dalam The Bee ketika konsert percuma 16 Baris ini diadakan, Joe Flizzow mendengar rintihan peminat scene hip hop dan merealisasikan impian orang ramai yang ingin Konsert 16 Baris ini diadakan di tempat yang luas.

Jadi Pusat Tenis Negara akan menjadi lokasi untuk Konsert 16 Baris ini dan beliau juga mengatakan konsert ini percuma dan terhad untuk 5000 orang sahaja. Pasti bila tiket mula dijual ia akan habis dengan cepat.

Pihak Tunetalk pula mengatakan mereka ingin mengumumkan sesuatu pada minggu hadapan dan ia berkaitan dengan konsert 16 Baris ini, jadi harap semua peminat 16 Baris tidak melepaskan peluang ini dan tunggu apa yang ingin diumumkan oleh mereka minggu depan

Sama-sama kita tunggu okay! Kami akan cuba mengemaskini info-info terbaru mengenai konsert ini nanti.

Click to comment

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

To Top