, , , , , , , ,

Jake Gyllenhaal tampil dengan filem aksi baru – Everest


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Peminat pelakon hebat Jake Gyllenhaal pastinya gembira apabila trailer filem terbaru lakonannya telah pun dikeluarkan secara rasmi. Filem bertajuk “Everest” ini mengambil ekspedisi mendaki gunung tertinggi di dunia sebagai subjek utama.

everest

“Human beings simply aren’t built to function at the cruising altitude of a 747. Everest is another beast altogether.

Itu antara bait dialog watak Rob Hall yang dimainkan oleh pelakon Jason Clarke, dalam trailer antarabangsa pertama filem bertemakan aksi- pengembaraan dalam iklim ekstrem-bencana alam bertajuk “Everest”.

Berdasarkan kisah benar, filem ini adalah berdasarkan buku non-fiction terkenal “Into Thin Air: A Personal of The Mt. Everest Disaster” oleh Jon Krakauer yang diterbitkan pada tahun 1997. Ia berkisar bencana alam yang berlaku di Gunung Everest pada tahun 1996.

Filem ini mengikuti kisah dua kumpulan ekspedisi mendaki gunung Everest. Dalam perjalanan dan akhirnya tiba di puncak, mereka tersedar yang tiba di puncak bukanlah bahagian paling sukar yang akan mereka tempuhi – perjalanan pulang adalah perkara yang paling merbahaya.

Trailer ini memberikan sedikit gambaran kepada penonton betapa mencabarnya Gunung Everest. Filem ini kaya dengan babak aksi, persahabatan, drama dan pengembaraan. Filem yang dibintangi oleh bintang-bintang ternama seperti Jason Clarke, Jake Gyllenhaal, Josh Brolin, John Hawkes, Robin Wright, Michael Kelly, Keira Knightley, Sam Worthington, Emily Watson ini pastinya dinanti-nantikan oleh penggemar filem bergenre pengembaraan.

Everest akan menemui penonton di pawagam pada 18 September. Diedarkan oleh Universal Pictures.

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *