, , ,

IU kembali hebat dengan album Chat-Shire


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Pada usia 23 tahun, gadis comel bernama IU ini dengan bangganya boleh menggelarkan dirinya sebagai penyanyi senior yang disegani di Korea. Pada 24 Oktober, selari dengan rilisnya single terbaru IU yang berjudul ’23’ terus bertahta di tempat pertama di carta 8 laman web musik terutama. Hebat? Luar biasa!

Biarpun baru menginjak 23 tahun, kematangan IU dalam muziknya diperkata peminat dan pemerhati muzik Kpop. Menurut IU, beliau bukan budak-budak namun beliau juga masih belum cukup remaja. IU hanyalah seorang gadis yang sensitif, ingin dicintai, ingin mencapai impian dan cita-cita. Segalanya masih misteri kerana menurut IU beliau masih mencari erti sebenar hidup dan masih mahu belajar banyak perkara. Segalanya terpatri dalam lagu terbaru IU.

iu-chat-shire

IU berkata lagi, ” Saya fikir tidak mudah mendapat belas dari mereka yang bukan 23 tahun. Tapi saya terkejut bila ramai yang masih boleh serasi dengan lagu ini dan boleh mengaitkan bait lirik dengan kehidupan mereka. Saya rasa terharu!”

IU telah mengesahkan yang beliau tidak akan mempromosikan lagu terbarunya menerusi program TV tetapi akan menemui peminat dalam siri konsertnya nanti. Jom kita layan kecomelan IU dalam lagu terbarunya, 23. Album IU Chat-Shire kini sudah berada di pasaran.

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *