Intan Najuwa sahkan yang hubungan beliau dan bekas tunangnya itu sudah berakhir. Beliau menganggap tiada jodoh antara mereka berdua dan keputusan ini dibuat selepas berbincang secara baik.
Tujuan Intan memberitahu hal ini adalah untuk mengelakkan bekas tunangnya ini terpalit lagi dengan kontroversi dalam industri seni dan inginkan bekas tunangnya itu jalani hidup seperti biasa tanpa kontroversi.

Kita mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan itulah yang keluar dari mulut Intan Najuwa ketika ditanya tentang sebab utama mereka putus tunang.
Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.
Kami doakan yang terbaik untuk Intan dan Razrul.
Sumber: Mstar Online