Entertainment

Ini Dia Fakta dan Teori Ending Marvel Infinity War

Artikel review ini ditulis oleh Khaidir Shahri

Sebelum korang baca fakta dan teori-teori untuk ending Marvel – Infinity War pastikan yang korang dah pun menonton filem ini, kalau belum sila tinggalkan post ini.

Fakta dan teori ini sekadar research pemahaman aku sebagai penonton yang dah follow 18 movie marvel dari sepuluh tahun yang lepas. Bukan pandangan aku sebagai seorang peminat komik tegar ya.. harap ada yang boleh terima..

HERO PERTAMA

10 tahun lepas semasa end credit scene Iron Man, Marvel telah hadiahkan kita dengan perjumpaan Nick Fury bersama Tony Stark yang mengatakan dia perlu satukan team UNIK bergelar Avengers kerana mereka perlu bersedia dengan BENCANA BESAR yang bakal tiba satu hari nanti.

Ada satu perkara yang kita terlepas pandang, sebenarnya scene tersebut ada menunjukkan satu dialog dari Nick yang mengatakan bukan Tony adalah superhero pertama yang Nick pernah jumpa, so teori aku siapakah yang pertama? Ianya adalah Captain Marvel.

Apa yang menarik bagi aku, kenapa Kevin Feige tak terus plan build up karektor C.Marvel dari awal selepas film Iron man sedekad yang lepas? Sedangkan ura2 mengatakan C.Marvel adalah makhluk paling kuat diseluruh Universe? Dan bakal mengalahkan Thanos??

Teori aku simple, Kevin sememangnya dari awal lagi dah plan untuk jadikan Iron Man satu2 hero yang bakal kalahkan Thanos.
Kerana Tony satu2 hero yang tak memiliki apa2 kuasa tapi hebat mengunakan AKALnya. Bagi aku VALUE tu sangat tinggi, hebat mana pun C.Marvel nanti aku still percaya Kevin akan angkat Iron Man menjadi watak paling besar dalam Avengers 4 untuk menumpaskan Thanos.

A. PLOTHOLE

1. Suit Vibranium Iron Man dari mana?

  • Kalau ada yang perasaan dalam Homecoming, ada satu scene yang menunjukkan satu Department bernama Damage Control telah ditubuhkan sendiri oleh Tony Stark bagi menjalan kerja clean damage keatas bencana battle di Sokovia & New York.
  • Dalam Avengers 2 pula Ultron berjumpa dengan Klaw(Villian Black Phanter) untuk memiliki Vibranium bagi menghasilkan satu MESIN yang bakal memusnah seluruh bandar Sokovia, dan juga untuk mencipta tubuhnya (Kini tubuh Vision).
  • Teori aku adalah, Department Damage Control ini telah diamanahkan untuk cleankan kemusnahan yang berlaku di Sokovia dan menjumpai serpihan Vibranium Mesin tersebut serta memberikannya kepada Tony untuk menghasilkan suit berteknologi Nano. So dari situ suit iron man tercipta, apa yang menarik suit spiderman pun aku rasa dari Vibranium. 😅

2. Hawkeye Mana?

  • Berdasar research photo2 untuk film Captain Marvel, ada satu photo menunjukkan Hawk bakal menjadi Ninja Ronin dan kenapa?
  • Teori aku,mungkin familynya mati dibunuh dan menyebabkan Hawk ingin membalas dendam serta upgrade dirinya menjadi seorang Ronin. Mungkin haha! 😅

3. Time stone?

  • Kenapa Dr Strange tak guna teknik yang sama masa bertemu Dormammu?
  • Teori aku adalah kerana Thanos dah memiliki Reality Stone, dia mampu untuk manipulate keadaan dan minda Dr strange sekiranya berlaku time repeat. So relevan tak? Haha 😅

Rasanya ada banyak lagi Plothole yang aku boleh ketengahkan dalam post ini, tapi rasanya tak perlu explan panjang2 kot so kita teruskan dengan teori KEMATIAN separuh makhluk digalaksi ini..

B. KEMATIAN

Rasanya ramai yang tahu, dalam komik kemampuan kuasa SOUL STONE nie agak samar2 & sentiasa berubah.  Pada dasarnya Soul Stone membolehkan pengguna untuk mengumpul “jiwa” atau “Roh” didalamnya selama mana yang ianya mahu.

Soul Stone juga dikatakan mampu membawa jiwa orang mati kembali ke kehidupan asal, ibarat mati hidup semula.
So teori aku kesemua makhluk yang mati digalaksi ini berada dalam Soul stone tersebut. Tapi bagaimana nak hidupkan mereka kembali?

C. YANG MASIH HIDUP

Dalam komik juga ada mengatakan sekiranya Infinity Stone telah digunakan, ianya akan berpecah keseluruh pelusuk galaksi ini, siapakah yang mampu cari? Teori aku untuk watak2 yang sangat penting bagi Avengers 4 adalah Tony Stark, Captain Marvel, Thor, Captain America, Shuri & Wong.

D. AVENGERS 4 DARK FILM

Teori aku kali ini mungkin menyimpang jauh, kerana aku dapat rasakan film seterusnya ini akan menjadi sangat suram.
Semua yang hidup akan menerima takdir yang berlaku.

  • Plan ini akan mengambil masa yang lama, Tony akan mula menjadi tua dan mengetuai Avengers kembali. (kenapa tua? Ada photo dia,try search)
  • Captain Marvel akan travel all over galaksi untuk mencari kesemua infinity stone.
  • Thor akan cipta kembali glove Thanos yang dah musnah sebelum ini untuk hidupkan makhluk2 yang telah mati diseluruh galaksi.
  • Shuri akan hidupkan balik vision yang bakal berwarna grey seperti yang kita lihat ketika ianya mati sebelum ini tanpa infinity stone.
  • Wong mungkin akan selesai cara untuk mencari Thanos.
  • Ant man mungkin akan timetravel untuk halang Thanos dari memetik jarinya,tapi teori ini dah xboleh pakai sebab kevin dah umumkan Avengers 4 tak akan ada yang hidup balik.

E. MANA THANOS?

Dalam komik ada mengatakan after visinya selesai, Thanos pergi menghilangkan diri untuk hidup tenang disuatu tempat.
Ibarat bersara lah. Mana taknya dia dah berjaya seimbangkan populasi makhluk diseluruh galaksikan? Kalau nak tau, dalam komik siap kata dia membawa diri pergi bersawah menanam padi.. tak caya? Cuba search.. haha..

Kesimpulannya bagi aku, Avengers 4 bakal menjadi film paling dark untuk semua film2 mereka sebelum ini. Mungkin juga akan menjadi yang movie paling tenang serta mempunyai plot yang sangat mindfuck(angan2).

Kenapa mindfuck? Sebab scene ending yang menunjukkan Nick Fury menghantar pesanan melalui “Alat Klui” yang biasanya digunakan pada tahun 1990 kepada Captain Marvel? So teori aku, akan berlaku plot timetravel seperti film Xmen Day of Future Past. Fuhhh!!!! Angan2 lebih haha..

P/s : harap ramai mampu baca apa yang aku merepek nie.. hahah..
Marvel masih tak isunya nama film Avengers 4? Possible tak kalau dieorg mampu crossover film xmen? Fox pun disney dah beli? Tak mustahilkan? Hahaha..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top