,

Ini Dia 5 Sebab Kenapa Seseorang Tu Tetap Stay Dalam “Bad Relationship” ?


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bila bercinta ni macam-macam ragam kan? Lain orang, lain ragamnya. Lain pasangan, lain dugaannya. Antara dugaannya macam dapat pakwe kaki pukul atau mungkin dapat makwe yang kuat sangat merajuk dan cemburu tak bertempat.

Bila dah bermacam-macam dugaan, relationship tu dah seakan terumbang-ambing dan lama-lama bertukar menjadi bad relationship. Apa itu bad relationship? Bila kau sudah tak rasa tak selesa tiap kali pasangan kau ada, bila kau kerap bergaduh dengan pasangan kau, dan juga bila hubungan kau lebih banyak derita dari bahagia.

Tapi, ramai juga individu yang masih lagi memilih untuk meneruskan hubungannya dengan pasangan walaupun hubungan tu sudah retak menanti belah.

Apa sebab masih ada manusia yang memilih untuk stay dalam bad relationship? Jom baca antara 5 sebab kenapa orang stay dalam bad relationship.

1.SEBAB SAYANG

Ya, bila dah sayang, kita akan lupakan segala benda buruk yang ada pada si dia. Kita pejam mata dan memilih untuk terus menyayangi dia. Biasanya bila ada sesuatu yang buruk berlaku, manusia yang besar rasa sayangnya itu memilih untuk mengingati segala yang baik tentang pasangannya berbanding dengan perkara buruk tersebut. Mulia rasa cintanya tapi bahaya untuk dirinya. Sayang sahaja takkan cukup untuk buat kita rasa bahagia.

2.SEBAB SUDAH MALAS UNTUK ULANG KEMBALI PROSES BERCINTA

Bila kau memilih untuk putuskan hubungan kau, maknanya kau sudah kembali single dan berkemungkinan berjumpa dengan pasangan yang baru. Bila berkenalan dengan orang yang baru, maknanya kau perlu memulakan kembali proses berkenalan, mengenal hati budi, tahu luar dalam pasangan dan semua itu memang memenatkan dan makan masa. Nak pilih pasangan sehidup semati ni bukannya mudah kan? Biasanya kes begini terjadi pada manusia yang sudah berusia.

3.SEBAB SAYANG DENGAN HUBUNGAN YANG SUDAH LAMA

Ya, bila dah bertahun-tahun bercinta, mesti rasa sayang kan nak putuskan hubungan? Rasa selama ini sudah membazir masa, tenaga dan air mata bila kau putuskan hubungan. Biasanya, kaum perempuan yang akan mempunyai perasaan begini. Perempuan memang akan lebih emotional sedikit bila hubungannya sudah lebih dari 5 tahun ke atas.

4.SEBAB RASA PASANGANNYA MAMPU BERUBAH

Manusia macam ini memang jenis positif betul bila berharap pasangannya mampu berubah ke arah yang lebih baik. Misalnya berharap pakwenya yang jobless dan pemalas itu satu hari mendapat keazaman untuk bekerja keras lalu mengahwininya. Atau mungkin sahaja berharap makwenya yang kuat mengongkong mampu berubah menjadi makwe yang memahami dan memberinya ruang sendiri.

5.SEBAB TAKUT TAK ADA ORANG NAK KAT DIA DAH

Ini memang betul! Ramai yang memilih untuk stay dalam bad relationship kerana takut kalau dia putuskan hubungan dengan pasangannya, dia akan single selama-lamanya. Dia takut takkan ada orang yang akan suka dan jatuh cinta padanya. Takut pada perasaan sunyi bersendirian. Jadi bila perasaan takut ini ada, maka dia lebih rela menghadap pasangannya yang mengerikan.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *