,

Ini Dia 5 Benda Yang Tak Patut Korang Buat Bila Korang “First Date”


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Okay, setelah berbulan-bulan korang asyik crush dengan lelaki atau perempuan idaman korang akhirnya korang dapat keluar dating kiranya ini “First Date” korang. Jadi sebelum korang keluar dating tu ada beberapa benda yang korang patut tahu

Ini kerana “First Impression” itu penting, dia punya pepatah tu lebih kurang camni lah “Cinta Pandang Pertama” 

Jadi, jom kita tengok 5 benda yang tak patut korang buat bila korang “First Date”

1.Datang Lambat

Apa pun yang korang tengah buat ketika itu, jangan sesekali datang lambat untuk first date. Punctuality itu penting. Kalau korang datang lambat maksudnya “First Date” ni tak penting pun untuk korang.

So cadangan kami, untuk elakkan korang sampai lambat cuba untuk gerak dari lokasi korang lebih awal sebab kita tak tau mana tau ada kemalangan atau something yg menghalang kita untuk sampai awal ke lokasi “First Date”

2.Bercerita tentang EX Girlfriend/Boyfriend korang

Jangan sesekali cerita pasal EX girlfriend/boyfriend korang dengan orang yang korang keluar on “First Date” ni. Bila korang start je cerita pasal EX korang tu maksudnya korang tak move on lagi dan tidak bersedia lagi untuk in relationship.

3.Fokus!

Fokus dengan orang yang korang date tu. First date ni lah korang akan belajar banyak benda baru pasal korang punya bakal pasangan ni. Jadi ambil masa untuk fokus dengan apa yang bakal pasangan korang cakap sebab dari situ korang boleh dapat jawapan sama ada nak teruskan hubungan dengan pasangan korang tu atau cari orang lain yang lebih sesuai.

4.Nampak Serabu/Tidak Kemas

Tolonglah, ini first date korang kot, cuba korang pakai pakaian dan jangan nampak serabut atau tidak kemas bila keluar dengan pasangan korang. Walaupun korang dah biasa berpakaian kurang kemas korang kena jaga juga air muka bakal pasangan korang tu.

5.Boring

Jangan create conversation yang boring sebab ia juga akan effect korang punya “First Date” ni. Cuba borak sesuatu yang fun dan tidak terlalu berat jadi takdelah sesi borak korang tu boring.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *