, , , , ,

Ini Adalah Sebab Kenapa Bob Dalam Filem Animasi Minion Ucap Terima Kasih


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Filem Minions merupakan filem animasi prequel dari filem Despicable Me iaitu sejarah Minions 42 Tahun sebelum mereka jumpa bos jahat mereka yang sebenar iaitu Gru. Jadi selepas filem ini ditayangkan di pawagam 18 June lalu, ramai yang terkejut kerana Bob iaitu salah satu karakter minion dalam filem Minion mengucapkan ungkapan “Terima Kasih”

Ramai yang terkejut dan ada juga yang bangga mungkin kerana filem antarabangsa macam filem Minions mengunakan bahasa melayu/indonesia dalam filem mereka, namun pernahkah korang terfikir mengapa ada ucapan “Terima Kasih” dalam filem Minions ini?

Jika korang peminat filem Despicable Me dan juga Minions, sudah tentu korang pernah dengar bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh Minions sepanjang mereka bercakap. Bahasa tersebut termasuklah Bahasa Inggeris, Sepanyol, Itali dan Korea, Tapi Bahasa Perancis merupakan bahasa yang paling kerap digunakan, namun ia kali pertama bahasa Melayu/Indonesia diguna pakai iaitu dalam filem Minions.

Pierre Coffin

Tapi bagaimana bahasa melayu/indonesia ini boleh dimasukkan dalam filem Minions? Untuk yang belum tahu, Pierre-Louis Padang Coffin ataupun Pierre Coffin ialah suara disebalik karekter Minions dan juga orang yang membuat bahasa Minions. Namun apa kaitan Pierre Coffin dengan bahasa melayu/indonesia yang dimasukkan dalam ucapan minions?

Pierre Coffin sebenarnya mempunyai darah orang indonesia ini kerana ayah beliau Yves Coffin, French Diplomat telah berkahwin dengan Nurhayati Srihardini Siti Nukatin atau Nh.Dini iaitu penulis Novel di Indonesia. Pierre Coffin dikatakan sudahpun mengucapkan terima kasih ketika ditemubual di VOA Indonesia pada tahun 2013 dan dia mengakui yang bahasa Indonesia memang indah.

Jadi tidak peliknya mengapa Bob mengucapkan “terima kasih” sewaktu menerima hadiah dari Ratu dalam filem Minions ini. Harap semua dah dapat jawapan mengapa bahasa melayu/indonesia digunakan dalam filem ini.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to adarain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *