, , ,

Hollywood dan Bollywood Digabungkan Dalam Filem The Second Best Exotic Marigold Hotel


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Hollywood dan Bollywood memang dua industri filem yang dikenali ramai. Tapi bagaimana rupanya kalau Hollywood dan Bollywood digabungkan bersama dalam satu filem? Macam mana rupanya kan?

Semua itu anda boleh tonton di The Second Best Exotic Marigold Hotel (TSBEMH)! Jom kita saksikan trailer filem ini dulu.

Filem arahan John Madden ini berdurasi selama 122 minit mengisahkan tentang Sonny (Dev Patel) dan impiannya untuk memajukan legasi The Best Exotic Marigold Hotel sehingga mengabaikan tunangnya, Sunaina (Tina Desai).

Hotel yang didiami oleh warga emas seperti Evelyn and Douglas (Judi Dench dan Bill Nighy), pasangan kekasih Norman dan Carol (Ronald Pickup dan Diana Hardcastle), wanita yang perlu membuat pilihan Madge (Celia Imrie) dan juga Muriel (Maggie Smith), Pengurus Hotel yang banyak membantu Sonny dalam memberi pendapat dan pandangan.

Marigold-hotel-dan_3181469b

Dalam TSBEMH ini, kita dapat lihat banyak mesej tentang unsur kekeluargaan ditonjolkan. Bagaimana Sonny terlalu mengajar impian sehingga hilang kawalan dan mengabaikan tunangnya. Ketakutannya dan juga sifat rendah diri dan cemburu terhadapa Kushal (Shazad Latif) menyebabkan Sonny membuat keputusan yang terburu-buru. Setiap penginap di TSBEMH memberikan impak yang tersendiri terhadap filem ini.

The-Best-Exotic-Marigold-Hotel-2 (1)

Muzik latar belakang yang menarik dan tarian yang menghiburkan juga menjadikan filem TSBEMH ini sangat menarik untuk ditonton.

Jadi jom ramai-ramai tonton The Second Best Exotic Marigold Hotel di pawagam berdekatan!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *