, , ,

Harun Salim Bachik meninggal dunia


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Belasungkawa:

Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik – 55, telah dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di Hentian R&R Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, petang semalam, 8 Mac 2015. Rata-rata rakyat Malaysia terkejut dengan berita ini memandangkan Harun masih aktif dalam persada seni tempatan. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata Harun disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, jam 4.20 petang. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.

Berita tersebut juga pada mulanya telah disahkan sendiri oleh rakan-rakan artis di twitter dan facebook.

hsb5 hsb4hsb3hsb2

Menurut anak Harun, Hakeem Sofi Al-Rashyid, mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan di Pulau Pinang. Hakeem juga menemani ayahnya yang berasa penat untuk ke tandas di R&R itu.

“Sebaik memasuki tandas di sebuah stesen minyak di R&R berkenaan, ayah mula tercungap-cungap sebelum tiba-tiba rebah di atas lantai tandas berkenaan,”

Hakeem berkata, ayahnya menghidap asma sejak kecil dan semakin serius dan kerap sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, ketika di Pulau Pinang ayahnya tidak menunjukkan tanda diserang sakit itu. Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah mayat hospital berkenaan dan turut kelihatan sahabat arwah yang juga penyanyi, Datuk Hattan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Koperasi Polis, Gombak, sebelum Zuhur hari ini. Rakan baik arwah, Afdlin Shauki telah memaklumkan perkara ini menerusi laman facebooknya.

hsb

 

Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an dan sitkom bersiri Gado Allahyarham pernah menjadi Presiden Seniman pada tahun 2010/2011.

Beliau adalah anak kepada pelakon zaman 50-an, Salim Bachik.

Kami di ehgosheep.com mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah. Sememangnya nama arwah akan kekal dalam sanubari peminat-peminatnya sebagai seorang yang sangat berbakat dan berjasa dalam dunia seni Malaysia. Al Fatihah

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to TheMalaya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *