Lifestyle

Harta Karun ditemui di Merapoh

Merapoh, terletak di Negeri Pahang Darul Makmur. Harta Merapoh makin hari makin dicuri dalam tempat asalnya. Kalau nak tau, Harta yang dimaksudkan adalah sumber alam yang tak terkata cantiknya.

Saya sendiri pernah menjejakkan kaki di Merapoh pada tahun 2015 bersama Persatuan Pelindung Khazanah yang diketuai oleh seorang Puan Seri yang ditangkap baru-baru ini kerana mempertahankan hak menjaga hutan kaum orang asli. Malah, saya sendiri pernah mendengar sendiri cerita dari Laili Basir dan team yang tidak berputus asa dalam menjaga Merapoh.

Ramai di antara rakyat Malaysia yang tidak tahu atau mungkin tidak akan sempat melihat sendiri kecantikan Merapoh. Semasa saya datang ke Merapoh, saya sempat pergi ke Gua Air Mata Dayang, Gua Seribu Cerita dan Gua Malaysia. Bukan itu sahaja, Merapoh memiliki banyak lagi gua-gua yang unik dan tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat.

Alangkah terkejutnya masa datang tu sebab saya tak pernah menyangka bahawa Merapoh menyimpan Khazanah secantik ini. Di Gua Air Mata Dayang, ada tasik di dalam Gua, di Gua Hari Malaysia ada sungai dan air terjun dan di Gua Seribu Cerita pula ada lukisan-lukisan arkeologi di dinding-dinding gua.

Malah, Merapoh juga pernah menjadi trek larian yang diikuti ribuan peserta dari dalam luar dan dalam negara. Tempat ini juga biasa menjadi laluan buat mereka yang mahu hiking ke Gunung Tahan.

Baru-baru ini, Merapoh sekali lagi dirogol dengan kejam oleh manusia-manusia tak bertanggungjawab dan mementingkan wang. Alam yang cantik ini bakal hilang dan generasi akan datang tidak dapat menghayatinya. Bantahan orang kampung dan orang awam dibiarkan dan tidak diambil peduli. Adakah kita mahu sumber air Pahang hilang sekali lagi seperti apa yang jadi pada Sungai Pahang dan Bauksit Kuantan?

Marilah kita Bersama-sama bangkit dan bersatu untuk membantah kemusnahan Harta kita dirogol dengan kejam. Antara cara untuk membantah adalah sama-sama turun untuk membantah atau anda boleh sokong dengan cara menulis save merapoh seperti yang mereka lakukan ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top