, , , ,

Gwen Stefani meluah perasaan dengan ‘Used To Love You’


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Gwen Stefani akhirnya kembali ke studio rakaman setelah sekian lama menyepi dengan single terbaru ‘Used To Love You’. Tahun lepas Gwen muncul dalam rancangan realiti The Voice dengan single “Spark The Fire” dan “Baby Don’t Lie”, yang kelihatan gagal memberikan impak magis seperti lagu-lagu Gwen sebelum ini. Penyanyi berusia 46 tahun ini akhirnya mengambil langkah bijak dengan melupakan projek album tersebut dan memulakan sesuatu yang baru.

“Ada yang tidak kena. Saya rasa tak puas. Rakaman tersebut dilakukan sewaktu saya baru melahirkan dan sempena kemunculan saya dalam The Voice. Jadi segala-galanya dilakukan dengan terburu-buru. Penglibatan saya hanyalah kerana ingin mengeluarkan sesuatu yang baru, bukan kerana saya memang ada sesuatu yang baru untuk ditampilkan. Ramai yang guna cara ini, tapi ia tak kena dengan saya.” ujar Gwen Stefani.

Apabila perkahwinan 13 tahun Gwen dengan Gavin Rossdale berakhir beberapa bulan yang lalu, penyanyi berusia 46 tahun ini akhirnya mendapat inspirasi sekali lagi. Rasa pertama yang ingin ditonjolkan ialah dengan luahan single balada bertajuk ‘Used To Love You’. Dengan pendekatan mudah dan mentah, MV ini nyata mendekatkan peminat dengan emosi yang dialami oleh Gwen tentang perpisahannya dengan Gavin Rossdale.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *