, ,

Green Banana Leaf, Cyberjaya


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Jadi, pencarian makan-makan aku di Cyberjaya diteruskan. Kali ini, aku membawa diri ke sebuah restoran nasi daun pisang. Kalau kerja di Kuala Lumpur dulu, bolehlah juga memenuhi nafsu di Sri Nirwana Maju, Bangsar.

Tapi memandangkan di Cyberjaya ni cuma ada satu saja nasi daun pisang yang aku perasan, jadi marilah kita cuba. Sedap tak sedap, nombor dua. Kalau sedap, boleh datang lagi. Kalau tak sedap sangat, at least dah tahu rasa. Ye dak?

Dah 3-4 bulan juga sejak kali terakhir aku makan nasi daun pisang rupanya. Alang-alang mood tu dah datang semula, why not?

Green Banana LeafGreen Banana Leaf Restaurant, terletak di Shaftsbury Square Cyberjaya. Lokasi kedai ni betul betul terhadapan HQ T-Mobile tu kalau kau orang nak cari la. Shaftsbury Square ni sebenarnya ada juga satu dua makanan yang sedap-sedap, tapi nantilah aku review.

Kalau waktu tengahari dalam jam 1-2 petang, restoran ni memang penuh dengan orang orang pejabat pakai kemeja makan. Ramai mana? Aku datang pukul 1.30pm pun, peria goreng dah habis. Dah habis! Apa lah guna makan nasi daun pisang tapi tak ada peria goreng ni. Tapi, hidup harus diteruskan.

Hidang
Ni dia tengah hidang ni tengok tengok.

Jadi, aku pun orderlah sehelai (sekeping? Selapis?) daun pisang. Untuk yang jarang makan nasi daun pisang, biasanya hidangan di sini ikut set. Satu set, satu daun pisang beserta nasi, kuah, dan sayur-sayurnya. Dan kebiasaannya, satu set hanya untuk seorang. Tak boleh kongsi. Sebab satu set ni kau boleh tambah nasi dan sayur dan kuahnya banyak banyak. Tapi janganlah tamak sangat.

Dish
Ini satu set hidangan yang biasa.

Kalau bawak duit banyak, kau bolehlah order lauk. Ayam masala, kambing gulai, ikan goreng, dan seumpamanya. Tapi kalau kedekut macam aku, order satu set ni je lah yang mampu. Nasi, dan sayur 3 jenis. (Makan set tanpa lauk juga adalah cara lain untuk aku judge masakan. Kalau makan tak ada lauk pun dah sedap, maksudnya sedap lah tu.) Oh, di Banana Leaf, satu set ni harganya RM7.50. Di Sri Nirwana misalnya, satu set dicaj dengan harga RM8.00. Tapi berbaloi lah, sana memang sedap. Nanti aku review lain.

Jadi, tibalah judgment time. How’s the food? To be honest, kalau Sri Nirwana Maju adalah favorite kau, maka kau tak akan terlepas untuk membandingkan keduanya. Cuma satu yang aku perasan sedap di sini, nasinya. Nasinya sedap sungguh. Dia seakan-akan nasi beras perang sikit. Aku tanya pelayannya, dia jawab dia pakai beras India. Aku angguk sajalah.

Komen jujur aku, memang tak boleh lawan Nirwana Maju. Malah, karinya juga aku kira ada kedai nasi kandar lain yang lebih sedap. Cuma, sayurnya di sini memang amat sedap sekali, terutama sayur petola ke timun ke apa entah ni yang selalu kedai masakan India/mamak hidang. Buktinya?

Sayur
Tambah sayur!

Oh, dan jangan lupa untuk order rasam kalau makan nasi daun pisang. Rasam ni sejenis (air? Kuah? Aku pun taktahu) yang dipasangkan bersama sehidangan nasi. Rasanya agak masam sikit. Ye lah nama pun rasam. Kalau masin, mungkin namanya rasin. Pelayan di kedai masakan India pernah ajar aku, rasam ni boleh dimakan bersama nasi seperti sup, ataupun diminum. Jadi, aku pun celaru nak makan macam mana. Biasanya aku buat seperti sup. Bolehlah cuba nanti.

DahHabis
Yang di kanan sekali dalam kole besi tu lah rasam.

Dan mengikut adatnya, melipat daun pisang adalah tanda yang kita sudah selesai menjamu selera.

Untuk keseluruhan, pada harganya yang tak lah terlalu mahal, aku beri rating 3.5/5. Kalau kau happened to be in Cyberjaya dan teringin nak makan nasi daun pisang, bolehlah mencuba. Tapi kalau kau dari Kuala Lumpur dan gigih nak ke sini untuk makan, eloklah kau terus maju ke Bangsar.

Walla!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Gory

The Mystery Eater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *