featured

GCEO AirAsia Umumkan Harga Tiket RM199 dan RM120 Untuk #PulangMengundi Di Sabah dan Sarawak

Setelah tarikh PRU14 diumumkan, ramai yang buat inisiatif untuk membantu mereka khususnya yang tak berkemampuan dan juga pelajar untuk #PulangMengundi di tempat masing-masing.

Contohnya di laman twitter dua hashtag diaktifkan untuk mencari mereka yang ingin pulang mengundi di kampung halaman iaitu #PulangMengundi di akaun @Pulang_Mengundi dan juga #CarpoolGE14 di akaun @CarpoolGE14 . Terharu kami melihat kesungguhan rakyat kita untuk membantu rakan-rakan lain pulang mengundi.

Airasia juga tidak ketinggalan untuk menolong Sabahan dan Sarawakian yang berada di Kuala Lumpur untuk pulang mengundi di kampung masing-masing. Tan Sri Anthony Francis baru sahaja mengumumkan harga tiket untuk orang Sabah dan Sarawak pulang mengundi di laman twitter beliau.

Harga untuk pergi pulang mengundi di Sabah ditetapkan RM199 sehala RM120 sehala mereka yang ingin pulang mengundi di Sarawak. Tiket dengan harga baru ini akan dijual pada hari Isnin ini. Diharap syarikat penerbangan yang lain boleh turunkan harga tiket macam yang Airasia buat ni

Untuk mereka yang ingin carpool atau nak pulang mengundi tapi tidak berkemampuan, korang boleh search dua hashtag ini di twitter #PulangMengundi dan #CarpoolGE14 . Jadi sudah tiada alasan lagi untuk korang tidak balik mengundi untuk PRU14 ni

Click to comment

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

To Top