Entertainment

Gandingan Aepul Roza, Aweera & Fiq Halim Muncul Dengan Lagu Selamatkan Aku

Mungkin ramai yang mengenali Aepul Roza sebagai Aepul Drama Band, begitu juga Aweera yang dulunya dari kumpulan MOJO dan kini bergerak solo dengan lagu popular “Terhakis” manakala lama kita tidak mendengar suara dari Fiq yang merupakan juara untuk program Mentor pada tahun 2006.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Aepul memilih Aweera dan Fiq Halim untuk berganding dengannya untuk menyanyikan lagu Selamatkan Aku ini. Sebenarnya mereka bertiga merupakan kawan baik yang mana mereka selalu bermain bola bersama dan dikatakan Aweera dan Fiq selalu terlibat dengan program atau event-event yang dibuat oleh Aepul.

Video lirik lagu Selamatkan Aku ini baru sahaja dimuatnaik semalam sehingga kini sudah mempunyai 5000 lebih tontonan di youtube. Penulis lirik dan komposer untuk lagu ini ialah Aepul sendiri. Jom lah kita layan video lirik lagu Selamatkan Aku ini.

Dalam dinginnya malam
Terhanyut aku tanpa lena
Ku tenggelam
Merindukan Kamu

Dalam sepi membekas
Melumpuhkan semua rasa yang pernah ada
Menghambat jiwaku

Selamatkan aku

Hilangkan semua rasa mati ini
Sembuhkan aku dari segala perit hati
Hidupkan aku kembali pada semua rasa cinta
Pulang semula
Jangan tinggalkan aku

Dalam hangatnya siang
Berlari aku tanpa arah
MencariMu
Menuju diriMu

( repeat 2nd verse , bridge and chorus )


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top