Friends Reunion Akan Datang di HBO Max

Selepas berbulan-bulan peminat siri FRIENDS dikhabarkan dengan berita yang masih tidak pasti, kini kita semua boleh menarik nafas lega. FRIENDS reunion secara rasminya akan ditayangkan di HBO Max. Yeay!

Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, David Schwimmer, Matt LeBlanc dan Matthew Perry sudah menanda-tangani perjanjian untuk menyertai reunion istimewa Friends yang akan ditayangkan secara eksklusif di HBO Max.

Semua episod akan ditayangkan di HBO max bermula Mei 2020 nanti. Drama bersiri istimewa ini akan diarahkan oleh Ben Winston. Untuk peminat Friends di luar sana, drama Friends Reunion ini bukanlah reboot ya.

Drama bersiri yang sudah menjadi lagenda ini dahulunya ditayangkan di NBC bermula dari tahun 1994 sehingga 2004.

Pelakon utama Friends juga telah berkongsi keterujaan mereka sekaligus mengesahkan berita ini. Masing-masing memuat naik kiriman berkenaan Friends Reunion di laman Instagram mereka.

Posts created 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top