, , , , , ,

Filem : Suami Aku Ustaz


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Pada 5 Mei 2015 telah berlangsung majlis pra-tonton untuk filem terbaru terbitan KaryaSeni production di e-Curve, Mutiara Damansara dan team ehgosheep telah dijemput sama untuk memeriahkan majlis. Filem terbaru arahan Ghaz Abu Bakar ini akan ditayangkan pada 14 Mei 2015 dan dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal dan hebat seperti Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Jue Aziz, Betty Rahmad dan ramai lagi. Filem : Suami Aku Ustaz ini adalah hasil adaptasi dari novel ciptaan Hannah Dhaniyah dari Penerbitan Karya Seni.

SuamiAkuUstaz 5

Sebelum kita ke review berkenaan filem terbaru ini, apa kata kita tonton trailer filem ini terlebih dahulu? Jom!

Menarik bukan trailernya? Pastinya ramai yang teruja kerana gabungan Adi Putra dan Nora Danish memang tidak pernah mengecewakan. Pasangan pelakon ini pernah bergandingan dalam Aku Terima Nikahnya sebelum ini pastinya sudah mempunyai keserasian di dalam set lakonan seterusnya mampu menghasilkan lakonan yang bagus.

Sinopsis filem Suami Aku Ustaz :
Mengisahkan tentang Alisa (Nora Danish), pelajar sekolah tingkatan 5 yang dipaksa berkahwin dengan abang sepupunya Ustaz Hafiz (Adi Putra) yang juga merupakan guru Pendidikan Islam di sekolahnya. Berubah status dari pelajar sekolah ke isteri orang, Alisa menunjukkan sikap tidak puas hati kepada Ustaz Hafiz secara terang-terangan. Alisa yang mempunyai kawan rapat bernama Johan (Izzue Islam) sebelum ini memang gemar memancing dan keluar lewat malam, kini terpaksa menurut kata suaminya. Namun, satu hari ada insiden yang berlaku sehingga merubah pendapat Alisa tentang Ustaz Hafiz.

Nak tahu lebih lanjut? Anda kenalah saksikan sendiri filem Suami Aku Ustaz ini di pawagam pada 14 Mei 2015 nanti!

SuamiAkuUstaz 3

SuamiAkuUstaz 6

Filem Suami Aku Ustaz memang cukup rempah ratusnya. Elemen kelakar, sedih dan drama memang cukup dan diadun sebati dalam filem ini. Sewaktu tayangan, ramai juga penonton yang mengalirkan air mata bila menyaksikan babak-babak sedih dan sebak dalam filem ini. Ternyata, Ghaz Abu Bakar memang bijak bermain dengan emosi penonton. Mengenai mutu lakonan, rasanya tidak perlu dipertikaikan lagi hasil kerja Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam dan Jue Aziz. Watak-watak utama ini memang hebat dalam menonjolkan emosi dan perwatakkan mereka dalam filem ini. Tidak menampilkan jalan cerita filem Melayu yang tipikal, filem Suami Aku Ustaz ini sememangnya berbaloi untuk ditonton.

Ehgosheep rating : 3.8/5

Menariknya lagi berkenaan filem ini, OST untuk Suami Aku Uztaz ini dinyanyikan sendiri oleh Adi Putra bersama Zizan Razak! Agak catchy dan menarik muzik videonya.

Untuk anda yang mengagungkan kecomelan Nora Danish & kekacakan Adi Putra, jom sama-sama saksikan filem Suami Aku Ustaz di pawagam pada 14 Mei 2015!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *