, , ,

Filem : Paul Blart: Mall Cop 2


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Siapa yang sempat menonton filem Paul Blart: Mall Cop yang pernah ditayangkan pada 2009 dahulu? Kisah tentang seorang pengawai sekuriti shopping mall yang berjaya menjadi hero orang ramai dalam kejadian Black Friday. Jika anda sempat menonton, maka anda harus saksikan siri kedua filem ini iaitu Paul Blart: Mall Cop 2 yang sangat menghiburkan hati!

Filem terbitan Sony Pictures Entertaiment ini dilakonkan oleh Kevin James (Paul Blart), Raini Rodriguez (Maya Blart), David Henrie (Lane), Daniella Alonso (Divina) dan ramai lagi. Diarahkan oleh Andy Fickman, filem : Paul Blart: Mall Cop 2 ini sememangnya sangat sesuai untuk ditonton kerana ia penuh dengan elemen humor.

Paul Blart

Jom kita saksikan dahulu trailer filem Paul Blart: Mall Cop 2 ini.

Menonton trailer Paul Blart: Mall Cop 2 ini sahaja sudah cukup menunjukkan yang filem ini memang penuh dengan aksi dan komedi yang menghiburkan. Nak tahu apa sinopsis filem Paul Blart: Mall Cop 2? Jom baca!

Selepas 6 tahun peristiwa Paul Blart menyelamatkan New Jersey shopping mall, pengawai sekuriti itu akhirnya mempunyai peluang untuk menikmati percutian yang sebenar bersama anaknya, Maya. Sebagai penghargaan atas segala kerja kerasnya, dia dihadiahkan percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Konvesion Sekuriti di Las Vegas. Namun, Paul Blart tetap tidak boleh berehat sepenuhnya kerana secara tidak sengaja, anaknya diculik kerana telah menjadi saksi sindiket pencurian karya seni mewah di hotel penginapan mereka. Bagaimana Paul menyelamatkan Maya?

Filem Paul Blart Mall Cop 2 memang penuh dengan aksi kelakar, bagaimana Paul Blart bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan anaknya, Maya. Lokonan Kevin James sememangnya sangat sesuai dengan watak yang diberikan. Plot cerita yang kemas dan tidak merepek memang membuatkan Paul Blart Mall Cop 2 menarik dan tidak mengantok untuk ditonton. Penonton memang dapat merasakan semua elemen komedi dan aksi yang dipamerkan kerana skrip dan jalan ceritanya yang mudah dan tidak berbelit-belit.

Paul Blart 1

Ehgosheep rating : 3.5/5

Hujung minggu bolehlah bawa keluarga tonton filem Paul Blart Mall Cop 2 ini dipawagam berdekatan!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *