, , ,

Fesyen : Cara berpakaian mengikut bentuk tubuh


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Setiap orang mempunyai bentuk tubuh yang berbeza-beza. Pasti pening kepala dalam hal nak bergaya kan? Orang lain pakai cantik je, kita pakai nampak buruk. Kebanyakan wanita terbahagi kepada enam jenis bentuk tubuh iaitu Jam Pasir (Sama rata bahagian atas dan bawah, pinggang ramping), Pear Terbalik (Berisi di bahagian atas tubuh), Pear (Berisi di bahagian bawah tubuh), Segi Empat (Bentuk tubuh rata dari atas ke bawah), Bulat (Berisi di bahagian tengah tubuh), dan Berlian (Berisi di bahagian perut, pinggang)

Berikut adalah tips bagaimana untuk bergaya dan cara berpakaian mengikut bentuk tubuh anda.

JAM PASIR

BS1

Jika anda mempunyai bentuk tubuh jam pasir, anda boleh dikatakan mempunyai bentuk tubuh yang sempurna dan diidamkan oleh para wanita. Sejujurnya, apa-apa pun pakaian yang membentuk bentuk yang menarik sesuai untuk anda!

Gaya yang harus dielakkan : Pakaian yang tidak mempunyai bentuk dan kardigan yang terlalu besar.

PEAR

BS3

Bentuk tubuh ini juga dipanggil ‘Segitiga” dimana anda mempunyai punggung yang lebih besar daripada bahagian dada anda. Anda mempunyai bahagian atas badan yang langsing dan pinggang yang ramping, jadi jangan takut untuk bergaya.

Gaya yang harus dielakkan : Skirt/Seluar yang terlalu kembang dan baju yang terlalu cerah warnanya dan ketat.

SEGI EMPAT

BS2

Jangan sedih jika anda merasakan bentuk tubuh anda tidak menarik. Masih ada cara untuk anda kelihatan bergaya. Gabungan baju yang sedikit ketat di bahagian pinggang dan skirt/seluar yang sedikit kembang di bahagian bawah untuk mewujudkan elemen bentuk tubuh.

Gaya terbaik : Tali pinggang, Baju yang ketat di pinggang, Skirt/Seluar kembang

Gaya yang harus dielakkan : Pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar di seluruh tubuh.

BULAT

BS4

Jika bentuk badan anda agak berisi di bahagian tengah badan, perut khususnya, pakaian yang sesuai adalah harus longgar di bahagian tengah dan lebih selesa di bahagian lain.

Gaya terbaik :

Gaya yang harus dielakkan : Tali pinggang, Baju yang ketat di pinggang, Seluar/Skirt high-rise

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *