, ,

Fesyen : 3 cara untuk mengayakan seluar hitam


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ada yang berkata fesyen adalah dunia subjektif. Tidak juga kan, sebab semua orang pasti ada item yang sama. Antara item wajib yang semua orang perlu ada adalah seluar hitam. Ini kerana seluar berwarna hitam memang sesuai untuk digaya bila-bila masa tak kira apa situasi pon kan? Anda mahu gaya feminin, sedikit boyish atau casual, nah seluar hitam memang boleh masuk dengan semua.

Jom tengok tips Fesyen : 3 cara untuk mengayakan seluar hitam dengan mudah.

1. Gaya Feminin/Formal
BlackPants1 Gaya ini sesuai untuk ke pejabat atau pun untuk menghadiri mana-mana majlis formal. Gayakan seluar hitam bersama blouse bercorak floral dan blazer, wallaa! Anda terus kelihatan begitu elegan.

2. Gaya KasualBlackPants2Untuk anda yang tidak mahu kelihatan formal tetapi masih mahu kelihatan feminin, gaya kasual ini mungkin sesuai untuk anda. Seluar hitam digayakan bersama dengan t-shirt lengan panjang memang gaya yang ringkas. Jangan lupa padankan dengan aksesori seperti anting-anting dan jam yang lebih feminin.

3. Gaya JalananBlackPants3Malas untuk bergaya keterlaluan? Nah jangan risau. Padankan sahaja seluar hitam anda bersama dengan printed tee kegemaran anda. Jangan lupa kaca mata hitam dan sneakers anda. Jika anda mempunyai aksesori seperti gelang atau jam yang sesuai, mungkin boleh tambahkan ia sebagai pelengkap gaya. Gaya ini begitu ringkas dan masih tampak ranggi.

Jadi antara 3 gaya di atas mana satu menjadi pilihan anda? Jangan risau, tak kira apa pun pilihan anda, anda masih boleh bergaya dengan seluar hitam. Ada idea lain? Kongsikan bersama kami di twitter!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *