Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald – Teori Timetravel dan Apa Kaitannya Dengan Harry Potter?

Artikel Filem Review ini ditulis oleh Khaidir Shahri

Film pertama dihasilkan kelihatan tidak memiliki sebarang plot berkaitan dengan mana-mana watak yang ada dalam series film Harry Potter, hinggalah munculnya film kedua yang mengaitkan siapakah Grindelwald & Dumbledore. Tapi ada sesapa sedar, watak Professor McGonagall juga satu salah watak yang sangat misteri & cukup menarik untuk kita focus, kenapa?

So kat sini aku nak kongsi sikit pendapat aku tentang film kedua dan sedikit teori kaitan film ini dengan series Harry Potter serta point merepek aku tentang Timetravel. 😅✌️

BOSAN

Fantastic Beasts - The Crimes of Grindelwald - Teori Timetravel dan Apa Kaitannya Dengan Harry Potter

Umum sedia maklum, penulis film ini sememangnya sudah mengumumkan bahawa Fantastic Beast bakal memiliki 5buah film series, jadi kita sebagai penonton perlu memahami bahawa pembinaan plot setiap movie akan berlaku banyak peringkat.

Untuk mengatakan film ini bosan dan sukar untuk difahami,adalah cukup tidak adil sekiranya ada penonton yang tidak mengikuti film yang terawal. Bagi aku isu bosan ini boleh ditolak ketepi.

PLOT & WATAK MISTERI

Film ini diolah dengan pembinaan plot yang cukup celaru untuk difahami, tetapi sebagai film kedua yang bakal memiliki kaitan untuk kesemua series yang akan datang, ianya sememangnya layak untuk dihasilkan dengan plot yang penuh drama & dreggy.

Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald - Teori Timetravel dan Apa Kaitannya Dengan Harry Potter? 1

Lebih-lebih lagi director ketengahkan pepecahan watak serta kematian mengejutkan. Ini menjadikan film ini memiliki pelbagai plot & watak yang cukup misteri.

GRINDEWALD

Olahan penulis menyimpan kehebatan magic pada watak villian ini adalah keputusan yang cukup bijak. Lakonan simple dari Johnny Deep menjadikan aku sebagai penonton ternanti–nanti apakah sifat paling gila yang bakal ditunjukkan oleh penulis.

Fantastic Beasts - The Crimes of Grindelwald - Teori Timetravel dan Apa Kaitannya Dengan Harry Potter?

Bukti api yang ditunjukkan di final scene film ini sudah memberi maksud villian hanya memberikan 10% sahaja kekuatannya pada penonton. Itu baru dia tinggalkan api sahaja? Kalau tak? Haha fikir sendiri.. 😅✌️

TONGKAT

Tongkat-tongkat yang digunakan Grindewald & Dumbledore didalam series Harry & F.Beast mampu merungkaikan perbagai plot yang tergantung. Paling menarik adalah tongkat kristal yang diberikan oleh Grindewald pada satu watak penting dalam film ini.

Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald - Teori Timetravel dan Apa Kaitannya Dengan Harry Potter? 2

DENDAM GRINDEWALD

Kalau ada yang masih tertanya-tanya apakah maksud nama yang disebut oleh Grindewald pada watak penting dalam film ini di final scene, jawapannya ada pada watak yang diberi nama “Ariana” dalam series Harry Potter.

Ingat lagi? Hanya Grindewald sahaja tahu detik kematian Ariana ketika itu. Dan kemungkinan besar Dumbledore punca dendam Grindewald bermula. So teori nama itu adalah kuat berbanding teori yang mengatakan Grindewald adalah mulut manis atau menipu pada watak penting tersebut.

MCGONAGALL & TIME TURNER

Fantastic Beasts - The Crimes of Grindelwald - Teori Timetravel dan Apa Kaitannya Dengan Harry Potter?

Kejadian Fantastic Beast ini berlaku 54 tahun sebelum kelahiran Harry Potter, dan bila kejadian tersebut berlaku pada tahun 1925, Professor McGonagall juga masih dikatakan belum lahir.

Tapi apa yang menarik, siapakah McGonagall didalam film kedua ini yang menjerit-jerit kepada student-student Hogwarts? Jadi bagi aku timeline watak si McGonagall ini cukup mengelirukan, hinggalah aku teringat kembali scene Harry mengunakan “Time Turner” yang diberikan McGonagall dalam film Azkaban. Possiblekah minah ini mampu mengunakan masa untuk dia berada dimana-dimana sahaja timeline series film Harry & F.Beast?

TEORI TIMETRAVEL & HARRY POTTER

Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald - Teori Timetravel dan Apa Kaitannya Dengan Harry Potter? 3

Mungkin ramai tak dapat terima teori ini, bagi aku ini adalah salah satu tarikkan besar plot yang bakal membantu series F.Beast lebih gila dari series-series Harry Potter, iaitu Timetravel. Plot holes kecil yang menunjukkan Timeline masa McGonagall cukup mecurigakan aku sebagai penonton, dan berkemungkinan besar watak ini bakal dijadikan watak penting selepas Dumbledore.

Bagi aku, apabila McGonagall dah mengetahui pengunaan simple Time Turner, tidak mustahil dia juga mampu memiliki alat penjelajah masa yang lebih hebat? Lebih mengujakan mungkin watak McGonagall juga mampu menarik watak besar seperti Harry Potter untuk dijadikan Cameo didalam mana series film F.Beast. Seperti mana watak Wolverine dalam setiap movie Xmen.. mungkinnnn hahah!!

Kesimpulannya film kedua ini memiliki pelbagai hadiah plot yang cukup menarik untuk dikaitkan dengan series-series Harry Potter sebelum ini, walaupun ianya dikatakan agak draggy, tetapi paling menarik bagi aku adalah konflik misteri antara Grindewald & Dumbledore yang mungkin dibesarkan lagi untuk film seterusnya. Adakah Ariani kekasih hati Grindewald? Haha..
Harap ada yang boleh terima teori merepek aku nie.. hehe selamat menonton!!

Personal rate : 9/10
Rotten : 49/100%

P/s : Watak Newt dalam film kedua mula suram, adakah penulis lupa focusnya? Atau aku saja syok sendiri? heheh..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.