, , , , , ,

Fajar Di Bukhara : Transformasi Skrin ke Novel


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kita biasa dengar bila sebuah karya novel diadaptasi ke drama bersiri. Tapi bagaimana pula bila drama bersiri diadaptasi ke novel? Inilah kelainan yang ingin dibawakan oleh Aquila Emas Sdn Bhd.

POSTER_9(1)

Semalam, bersempena dengan Minggu Pesta Buku Antarabangsa 2015 di PWTC, Kuala Lumpur, Aquila Emas Sdn Bhd telah mengambil kesempatan untuk melakar satu lagi kejayaan tersendiri apabila melancarkan sebuah novel yang diinspirasikan dari  drama bersiri terbitan mereka, Fajar Di Bukhara.

Menurut Marini Mat Zain selaku penulis novel dan skrip drama bersiri Fajar Di Bukhara, karya ini amat istimewa kerana selain mengisahkan percintaan, kekeluargaan, tanggungjawab sosial serta keusahawanan. Penceritaan yang berlatarbelakang di negara Uzbekistan dan Malaysia ini turut diselitkan beberapa maksud hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari RA. Ini adalah kerana Imam Bukhari RA berasal dari negara tersebut. Lebih unik lagi apabila para pembaca boleh menantikan kemunculannya di kaca TV pada masa yang terdekat ini berbanding novel-novel yang lain yang ada dalam pasaran.

Untitled

“Saya dan Zizan Nin amat berterima kasih kepada pihak OCTOBER kerana telah merealisasikan hasrat kami untuk menerbitkan novel Fajar Di Bukhara. Saya juga berterima kasih kepada penulis novel dan skrip drama bersiri Fajar Di Bukhara iaitu Marini Mat Zain kerana telah bertungkus lumus menyiapkan naskhah tersebut dalam tempoh yang terhad” ujar Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa.

Novel tersebut diterbitkan secara usahasama antara Aquila Emas Sdn Bhd dan OCTOBER@Aksara Aira Media Sdn Bhd. OCTOBER turut bertindak sebagai pengeluar dan pengedar novel tersebut.

IMG_1878

“Kami berterima kasih kepada Aquila Emas kerana sedia bekerjasama dan memberi peluang kepada OCTOBER menerbitkan novel Fajar di Bukhara ini. Kami berharap usahasama ini akan berterusan untuk beberapa novel lagi,” kata Rohaida Abdul Rahman, Pengurus Besar OCTOBER.

Novel Fajar Di Bukhara kini boleh didapati di semua kedai buku terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor. Para pembaca juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dengan menyertai kuiz yang terdapat di dalam novel tersebut.

Sementara tu, jom kita tonton trailer drama bersiri Fajar Di Bukhara yang dibintangi Maria Farida, Azrel Ismail, Ainul Aishah, Zizan Nin dan ramai lagi. Drama bersiri ini dijangka akan menemui penonton pada bulan Ramadhan ini.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *