Artis

Ed Westwick, Bintang Gossip Girls Dituduh Merogol Kristina Cohen

Bintang terkenal, Ed Westwick yang dikenali menerusi siri drama Gossip Girls dengan tegas menafikan tuduhan pelakon Kristina Cohen bahawa dia telah merogol pelakon tersebut tiga tahun lalu. “Saya tidak kenal wanita ini,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter. “Saya tidak pernah memaksa diri saya dalam apa-apa cara, pada mana-mana wanita. Saya pasti tidak pernah melakukannya.”

Cohen mendakwa menerusi post Facebook yang Westwick merogolnya tiga tahun lalu ketika dia menjadi tetamu di rumahnya. Menurut akaunnya, Westwick “memegang (dia) dan diperkosa (dia).” Aktres itu menulis bahawa dia pergi ke rumah Westwick bersama seorang sahabat produsernya. Dia menjadi tidak selesa ketika Westwick mula berkata sesuatu yang tidak patut. Sahabat produsernya bagaimanapun menegaskan bahasa mereka tidak patut pergi dan Cohen mengambil keputusan untuk terus tidur di bilik tetamu. Dia tersedar dan Westwick sedang merogolnya dan dia tidak mampu melawan.

Cohen menjelaskan bahawa dia tampil ke hadapan kerana dia tidak mahu lelaki seperti Westwick – yang didakwa menggunakan kemasyhuran dan kuasa mereka untuk “merogol dan menakut-nakuti dan kemudian dalam masa yang sama masih meneruskan hidup seperti biasa” – untuk terus melarikan diri dengan salah laku seksual.

Wakil-wakil Westwick dan Cohen tidak menjawab permintaan media untuk mendapatkan komen. Cohen menyertai kumpulan wanita dan lelaki yang telah bersuara, sejak skandal Harvey Weinstein terbongkar, dengan tuduhan gangguan seksual terhadap tokoh-tokoh industri yang terkenal.

Sumber – Reuters & Star2.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top