, , , ,

Ini Dia Dua Wakil Malaysia Untuk Asia’s Next Top Model Musim ke-5


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

You want to be on top? Ya! Asia Next Top Model kembali dengan musim kelima!

Untuk musim kali ini AsNTM membariskan 14 peserta-peserta baru, tiga dari Indonesia dan Filipina, dua dari Malaysia, Singapura dan Thailand, dan masing-masing satu dari Taiwan dan Vietnam.

Apa yang korang boleh jangkakan, peserta-peserta kali ini sememangnya mempunyai potensi hebat dan sangat editorial. Tambahan, kali ini Malaysia boleh berbangga dengan penyertaan, Shikin Gomez dan Alicia Amin yang berazam untuk mengubah persepsi kecantikan standard industri model. Mereka nyata punya wajah yang unik dan model material!

Penggambaran musim kelima ini telah dijalankan di Singapura dan Malaysia. Cindy Bishop dan Yu Tsai kembali sebagai juri untuk panel musim ini, manakala Kelly Tandiono meninggalkan rancangan ini dan digantikan oleh Cara G. McIlroy. Pia Wurtzbach, Miss Universe 2015 juga akan muncul sebagai juri undangan.

Pakej hadiah untuk musim kali ini termasuk sebuah kereta Subaru Impreza, muka depan dan rencana oleh majalah Nylon Singapura, dan kontrak peragaan dengan Storm Model Management di London. Melihat pada senarai peserta, sudahkah anda mempunyai model kegemaran? Asia’s Next Top Model musim kelima akan bersiaran pada hari Rabu di StarWorld saluran Astro 711 dan HD 722 pada pukul 9 malam.

Sebelum itu, jom kita saksikan video dua wakil Malaysia ini. 

Shikin Gomez

Alicia Amin

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *