Dari Mufti Wilayah ke Menteri Hal Ehwal Agama, Siapa Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri?

Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Selepas pengumuman senarai kabinet menteri 2020 pasti ramai yang tertanya-tanya siapa Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kan?

Mungkin bagi mereka yang tahu, beliau merupakan Mufti Wilayah yang dilantik pada 23 Jun 2014. Beliau antara Mufti yang aktif di sosial media dan sangat peka dengan teknologi terkini.

Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Anak kelahiran Kemaman, Terengganu ini merupakan pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah.

Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).

Beliau pernah memenangi Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/ 2012M dan juga Anugerah Pingat Mahkota Wilayah (PMW) pada 1 Februari 2015 sempena Hari Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran “Datuk”.

Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri Spotify

Menyedari keperluan untuk institusi mufti dan kefatwaan lebih turun padang dan dekat dengan masyarakat, Datuk Dr. Zulkifli mengambil inisiatif mewujudkan program #JumaatMuftiWP di mana beliau akan turun ke masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan untuk menyampaikan tazkirah Jumaat, Khutbah dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar secara santai. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar dan jawatankuasa masjid.

Dr. Zulkifli cuba untuk mendekati netizen dengan melancarkan Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan. Ini adalah salah satu inisetif beliau untuk menyampaikan info dan juga menjawab masalah agama.

Pada tahun 2015 pula, beliau maju kehadapan lagi dengan melancarkan Telegram rasmi untuk memudahkan beliau menghantar info-info yang berkaitan dengan kuliah, persoalan agama dan juga tazkirah. Di Instagram pula, beliau memuatnaik tazkirah beliau dengan hashtag #tazkigram

Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri Medan Fatwa

Dr. Hj Zulkifi merupakan satu-satunya mufti yang mempunyai rancangan sendiri iaitu Rancangan Medan Fatwa di TV al-Hijrah. Pada hujung tahun lepas iaitu 29 November 2019, sekali lagi Dr. Hj Zulkifly maju kehadapan dengan memasukkan ceramah melalui akaun Spotify. Setakat ini sudah 45 episod yang dimuat naik di akaun spotify tersebut

Jadi bagi kami, pelantikan Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Hal Ehwal Agama ini merupakan satu keputusan yang tepat kerana beliau arif dalam hal-hal Agama dan memang layak untuk memangku jawatan tersebut.

Sumber : Sinar Harian | Wikipedia | Telaga Biru

Mbekkk.
Posts created 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top