Artis

Daiyan Trisha Kini Muncul Dengan Lagu “Kita Manusia”

Daiyan Trisha kini muncul dengan lagu baru yang bertajuk “Kita Manusia”. Dikatakan Daiyan menulis lagu ini ketika beliau mengalami kemurungan. Antara sebab utama kenapa Daiyan menulis lagu ini ialah untuk memberi kesedaran awam mengenai penyakit mental, satu penyakit yang dipandang remeh oleh mereka yang tidak pernah melaluinya.

Daiyan tampil dengan kempen #KITAMANUSIA di sosial media bagi menyatukan pengguna media sosial . Melalui ‘hashtag’ ini, individu yang mempunyai depresi boleh bersuara dan berkongsi kisah mereka. Kempen ini tidak lengkap jika hanya dilakukan oleh Daiyan sendiri, justeru itu kempen ini menjemput beberapa orang terkenal untuk aktif dalam kempen ini.

Individu tersebut termasuklah model dan pelakon, Alicia Amin, penyampai Hitzfm Melissa Th’Ng, penyair dan aktivis Fynn Jamal, Mukhlis Idris ‘cancer survivor’ dan juga jurumekap profesional, Ikon media sosial Hafreez Amminudin, penyiar radio im4u, TV, penyanyi dan model Sasha Nicole serta pembantu psikologi Anis Khairil.

Tujuan kempen ini adalah untuk menunjukkan bahawa samada selebriti ataupun tidak, kita semua adalah manusia dan mempunyai perjuangan tersendiri sama seperti orang lain. Kisah-kisah masa lalu Daiyan dan individu lain yang turut aktif untuk kempen #Kitamanusia ini juga dirakamkan dalam sebuah video pendek sebagai inspirasi kepada masyarakat.

Daiyan mempunyai harapan tinggi dan berharap #KITAMANUSIA akan menjadi kempen yang aktif di seluruh negara dan dapat bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa hadapan. Kempen ini diharap akan membantu meningkatkan kesedaran serta membentuk pusat-pusat kesihatan dan kumpulan sokongan untuk membantu setiap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Daiyan Trisha merupakan seorang artis di bawah naungan Paranormal Records, sebuah syarikat rakaman ‘indie’ yang akif dalam industri muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura

Kita Manusia ditulis oleh Daiyan Trisha dan digubah oleh produser yang banyak memenangi anugerah, Omar K. Ianya kini boleh didapati di semua platform muzik digital dan video muzik juga boleh dilihat di internet.

Produksi: @themalayatv
Camera Operator: @khaidirshahri
Gaffer : @chedanxdainstagram
Lighting team : Geng Hem
Editor : @azuanadnans
VFX : @syafiq_saat
Editor utk campaign : @syafiqmustache
Photographer: @fay.five & @nyonyamy
Prop : @syukwhybee & @suhaimi.halim
Director : @zalhilman
Creative Director : @zalhilmy
Production Manager : @darrenahm & @azmeraziz
Producer : @melakaboy @paranormalmy

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top