, ,

LOL Love Cry

Cinta : Tips Move On


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

“To fall in love is very easy, Staying in love is the challenge, Letting go is the hardest part and moving on is suicide”

Moving on is suicide, siapa setuju dengan pernyataan ini? Tapi zaman sekarang aku tengok budak-budak sekarang baru 2-3 minggu break off sepantas kilat dah dapat pengganti baru. Untuk anda yang mungkin mengalami kesusahan untuk melupakan kekasih lama, dibawah antara tips yang boleh anda pratikkan.

girl,girly,light,magic,beauty,girl,lonely,photography-9e34f94c9a649c574034b7a7afbef78d_h_large

Pertama, pergilah berkawan. Kenal dengan lagi ramai orang dan bergaul dengan sekeliling. Kenal lagi ramai manusia-manusia hebat kat luar sana. Cukuplah setakat 2-3 bulan kau duduk diam kat rumah sebab sedih, its time to move on. Tak kisahh lah macam mana anda bersosial, janji pergilah luaskan pergaulan. Bukan niat untuk cari pengganti baru tapi untuk buka mata kau yang masih ramai lagi orang kat luar sana yang mungkin bakal jadi jodoh kau. Siapa tahu kan?

Kedua, tolong berhenti bandingkan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan yang ada potensi yang nak jadi bakal pasangan anda dengan ex anda. Kalau anda sibuk membandingkan memang sampai ke sudah lah takkan dapat move on. Tapi kalau anda bandingan untuk dapat yang better dari ex anda, itu mungkin tak mengapa rasanya. Yelah, mungkin pengalaman sedikit merubah pandangan kita kan?

Ketiga, berhentilah bercerita pasal ex anda tu dekat orang lain, dekat orang yang ada potensi nak jadi future bf/gf. Berhenti mengimbau kembali kenangan manis pahit payau apa semua tu. Orang lain pon muak dah dengar cerita tentang anda dan ex anda. Lagi, kalau anda sibuk bercerita pasal ex anda pada orang yang potensi nak jadi future bf/gf tu sedikit sebanyak dia akan fed up dan lama-kelamaan niat dia nak jadikan anda bf/gf berkurangan. haaa..kan dah rugi sorang kat situ.

Keempat, jangan anggap mempunyai kekasih hati atau bayang itu satu keperluan wajib. Bila anda anggap macam tu, anda akan stress asyik fikir apasal lah putus. Anda akan stress bila anda tak dapat terima hakikat anda single sekarang. Cuba anda fikir kebaikan hidup single dan nikmatinya sementara anda alaminya ni. Bila anda dah rasa kebaikan & keburukan hidup single sedikit sebanyak lepas anda dapat new relationship anda akan lebih menghargai beliau.

Kelima, living well is the best revenge lepas break off. Pergi lah berseronok ke apa ke. Buat benda yang anda tak dapat nak buat waktu anda ada pasangan. Kalau time ada bf/gf dia asyik suruh melepak ngan kawan-kawan dia jek, so ni lah masanya anda lepak ngan kawan-kawan anda tanpa halangan.

Keenam, sebenarnya cara yang paling penting adalah tetapkan hati anda sendiri. Yakinkan hati anda yang dia bukan jodoh anda, ada seseorang di luar sana yang memang dah diciptakan untuk anda. Anda cuma perlu yakinkan hati dan tetapkan rasa. yakin dengan janji tuhan. Tak perlu lah bersedih lama-lama.

Sebenarnya move on adalah perkara yang senang nak cakap tapi susah nak buat. sangat susah. Kalau anda ada kawan-kawan yang tak dapat nak move on lagi, tolong dia. Bukan dengan cara buruk-burukkan ex dia, tapi dengan cara buka mata dia. Suruh lihat hidup dunia luar yang lain selain dari hidup dia dengan ex dia tu. Siapa tahu, anda mungkin jadi penyelamat hidup dia kan dan kepada yang tak dapat atau tengah move on, semoga berjaya.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *