, ,

CINTA : Tips manis bercinta


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Dalam bercinta, siapa tak suka dilayan dan disayangi sepenuh jiwa kan? Dalam bercinta juga, ramai yang mengimpikan hubungan yang manis dan penuh dengan tindakan bunga-bunga. Teringin nak manis-manis juga tapi taktahu macam mana? Berikut mungkin diantara cinta : tips manis bercinta yang anda boleh amalkan tak kira untuk pasangan bercinta ataupun yang sudah berumahtangga.

Pertama, panggilan atau mesej ucapan selamat pagi dan selamat malam setiap hari. Telefon la kalau ada kredit lebih dan text la kalau kredit tak cukup. Tidak berbalas mesej seharian tidak mengapa, janji wish morning & night tu mesti ada. Tandanya bukti celik mata je dia yang kita ingat dan sebelum tidur dia lah yang kita fikir. Lagipon, dapat morning call/text daripada kesayangan anda mungkin perkara yang indah untuk memulakan hari kita?

Kedua, nyanyi lah sebarang lagu untuk pasangan anda. Lagi best kalau anda dan pasangan ada lagu tema sendiri yang bila dengar jek memang tersenyum terbang-terbang ingat kat kekasih hati. Boleh nyanyi depan-depan mahupon call. Tak kesah la suara kau sedap ke tak yang penting nyanyi ngan penuh rasa cinta.

Ketiga, mungkin dah kedengaran janggal untuk zaman sekarang tapi sila lah menulis surat cinta kepada pasangan anda. Wajib sekali dalam hubungan tu, tak kesah la kau tulis buat kad lawa-lawa atau tulis kat buku sekolah jek ke. janji luahan perasaan kau kat dia. Sesuatu yang ikhlas daripada lubuk hati anda yang paling dalam.

Keempat, buat panggilan rindu, panggilan teringat. Telefon dia pukul 3-4p agi semata-mata sebab rindu. Tak salah sesekali kacau dia tidur. Tak ke sweet kita tengah mamai angkat call tanya kenapa call dan dia jawab “rinduuuu~”. :’)

Kelima, bila birthday atau anniversary ke sila lah buat handmade card ye. Buat sendiri and be creative. Tak kesah la lawa ke tak, cantik ke tak tulisan, tunjukkan effort sikit lah kau nak meraikan hari istimewa korang or dia. Sebab percaya atau tak, hadiah dari kekasih hati lah hadiah yang akan paling dinanti disayang dihargai walaupun setakat kad buatan tangan sendiri yang tertulis “selamat hari lahir sayang”.

Easy-DIY-birthday-cards

Keenam, masih pasal kad. Anda boleh cuba bagi love note. Tulis kat kertas kecik “i love you” ke apa ke yang sweet ni. kalau boleh tiap kali date kau bagi. Bagi dia simpan dalam bekas. Cukup bulan cukup rindu boleh jadi bahan nak belek-belek kan. Tinggalkan note tu kat tempat yang dia boleh nampak contohnya kat dashboard kereta dia ke, dalam handbag/purse dia ke.

Ketujuh, mungkin kedengaran agak pelik tapi simpan lah sampah-sampah kecil yang ada kaitan dengan korang berdua. Simpan tiket wayang first date, tiket bas yang pernah naik sama-sama, sampul chewing gum yang dia hulur. Kau simpan dalam satu bekas, cukup masa kau dah boleh tunjuk kat dia tengok sama-sama.

Terakhir, snap lah silly photo berdua then cuci/print out. amek la gambar muka-muka pelik atau bajet cute. Boleh simpan di purse masing-masing atau tampalkan di bilik atau di pejabat.

couple-cute-eleanor-calder-elounor-Favim.com-1038868

Bertuah la badan kalau dapat kekasih hati yang sweet dan selalu buat tindakan manis kan? Bila dapat cinta hati yang sweet ni, bila dia buat perangai, nak marah lama-lama pun tak mampu sebab kau akan fikir ingat balik pasal benda-benda sweet yang dia pernah buat untuk korang. mungkin ada sesetengah orang yang fikir benda-benda kat atas ni rutin atau benda-benda kecil. Tapi rutin boleh jadi bosan kalau tak pandai nak manipulasi dan benda kecik boleh jadi punca gembira atau sedih. kan?

Selamat bercinta. Semoga berbahagia sehingga hujung nyawa. 🙂

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *