, , ,

Cinta – Perempuan Dan Merajuk


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Cinta – Perempuan Dan Merajuk.

Merajuk, antara masalah atau keadaan paling biasa yang biasa kita semua hadapi. Tak kira ketika masih bercinta ataupun sudah berumah tangga, merajuk ini masalah yang memang dari dulu menjadi isu dua jantina. Tak pernah ngam, tak pernah padam.

Merajuk? Sering saja dikaitkan dengan golongan perempuan. Nak buat macam mana, dah memang lumrahnya golongan perempuan terlalu mudah merajuk. Kerap sangat ikut emosi, mana pernah nak pikir panjang. Tau-tau bila dah sentap terus merajuk. Persoalannya sekarang berapa lama merajuk itu, tahap kesukaran nak dipujuk dan kegigihan seorang boyfriend/suami nak pujuk.

Wahai seorang girlfriend/isteri, anda jangan nak asyik merajuk jek. Sekarang ni zaman urban golongan lelaki dah makin bijak. Kalau zaman dulu yelah dia nak layankan jek, nak pujuk anda bila merajuk panjang. Zaman sekarang jangan harap, dorang dah ada konsep sendiri. Konsep dorang “kalau makwe merajuk biarkan jek. Penat merajuk dia datang cari kita balik”. Cissss…rahsia kaum perempuan dah terkantoi di situ. Malang sekali bagi kaum perempuan, sebab tiap kali merajuk kita sendiri yang akan stress, kita sendiri yang akan rindu dia.

Jadi sebagai kaum perempuan, jangan kerap sangat merajuk. Merajuk pada benda yang perlu sahaja. Lelaki ni tak berapa nak rajin nak pujuk, senang kata dorang akan buat tak paham jek bila kita merajuk. Tapi kesian gak lah kat dorang, dorang pon reti penat jugak.

Perempuan memang lumrahnya akan merajuk, al-maklum lah kononnya hati tisu. Dapat pulak kekasih hati tak rajin nak pujuk, hah lima belas tahun lah tak bertegur. Cadangan, pujuk sahaja hati sendiri. Rindu dia kan? Jadi cari dia dan mintak maaf sahaja. memang lah kalau nak ikutkan salah dia, tapi biarkan jek. Biarkan dorang simpan ego dorang tu.

Jangan merajuk lama-lama. Kalau pasangan anda boleh merajuk lebih dari tiga hari itu bermakna ada yang tak kena dalam hubungan kamu berdua. Ada baiknya anda tengok apa yang tak kena tu. Kalau benar sayang, anda takkan merajuk lama-lama atau anda takkan biarkan dia merajuk lama-lama. Kalau anda mampu bertenang jek tanpa rasa rindu tu, baik single jek lah.

Jadi kaum perempuan sekalian, KURANGKAN MERAJUK. Selamat bercinta. Moga bahagia hingga hujung nyawa 🙂

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *